Sunday 10 May 2009

buat "Hari Mama"

sesudah hampir 23 tahun aku bernafas
selama itulah Mama setia bersamaku
keringat Mama yang jatuh tak ditatang
bagai satu peringatan buatku
Mama
hidupmu tidak semudah yang mereka fikirkan
9 putera dan 2 puteri
bukan mudah dibentuk menjadi insan yang sempurna
namun aku sentiasa bangga akan Mama
biar apapun yang Mama perbuat
segalanya adil dan serba sempurna buat kami
Mama
tiada lagi yang kami perlukan ketika ini
hanya rindu dan kasih yang kekal dari Mama itu jawapan segalanya
sesungguhnya kami tidak tahu
harus bagaimana pengorbanan Mama itu boleh kami fikirkan
kerna walau apapun kami perbuat kepada Mama
itu masih tidak cukup untuk segalanya
walau Mama senyum
kami tahu bahawa dengan membuatkan Mama senyum
itu masih belum cukup
terlalu tidak memadai untuk menjawap segalanya
Mama
maafkan kami
atas segalanya yang kami perbuat selama ini
segalanya yang membuat Mama menangis
segalanya yang membuat Mama sedih
segalanya yang membuat Mama risau
segalanya yang membuat Mama marah
segalanya yang membuat Mama kecewa
segalanya yang membuat Mama sakit
segalanya yang membuat Mama penat
segalanya yang membuat Mama lelah
atas segala-galanya
maafkan kami Mama
kami sedar kami siapa
kami berdiri ketika ini
semuanya kerana Mama
seandainya kami jatuh semula
maafkan kami
ia tentu mengecewakan Mama
namun kami terus sedar
perjuangan kami belum berakhir disini
biar Mama bangga memiliki kami
kerana kami bangga Mama menjadi sebahagian dari hdup kami
Mama lah yang terbaik bagi kami
dan kami akan teruskan kehidupan ini
seandainya boleh
semuanya demi harapan dan doa
segalanya demi MAMA