Wednesday 28 October 2009

semuanya punya harga..

satu masa aku terfikir..
semuanya ada nilai sendiri
semuanya ada harga sendiri
semuanya ada makna sendiri
dan semuanya ada disana sini..

kalaulah aku punya imaginasi
biarlah ia melangkaui kemampuan diri ini
kalaulah aku punya kekuatan
biarlah ia mampu menampung diri ini
semuanya tersenarai
kerana semuanya ada harga tersendiri..

hidup tidak akan berubah
walau kita cuba merubah segalanya
hidup tidak akan berubah
kalaupun kita telah berubah
kenapa "hidup" harus begitu...?
kerana semuanya punya harga sendiri

aku cuba mengerti semuanya tentang apa
aku mendongak kelangit saban hari
aku menoleh kebelakang hampir tiap ketika
aku melangkah sambil melihat kebawah
namun tiada yang berubah
semuanya masih atas dasar yang sama

apakah kita berubah untuk diubah
atau kita mengubah untuk berubah
atau kita merubah untuk mengubah

semuanya masih sama
hidup berputar dalam udara yang sama
hidup bercerita tentang perkara yang sama

apakah ini semua hanya kerana satu definisi...
semuanya punya harga....
tiada yang tidak bermakna...

Sunday 27 September 2009

Genap Sudah..27 sept...

usiamu kini menjangkau 23 tahun
dan kau masih terkapai-kapai mencari arah
kompas kehidupanmu sudah ada
namun arah kemanakah engkau pilih selepas ini??

kau tahu apa hendakmu
tapi kau masih tidak tahu apa tujumu..
teruskanlah...teruskan mencari..
dan bila kau temukannya nanti..
biarkan mereka menilai
sesudah perkataan-perkataan merah
yang mereka sering berikan kepadamu dahulu

suatu ketika
sesudah umurmu menjangkau selama ini
apa telah engkau lakukan terhadap hidupmu??

noktah-noktah hitam yang engkau palitkan kedahimu selama ini
.................................................padamkan!!
buih-buih tidak berwarna yang kau hembuskan...
................................................jadikan ia bererti!!

kau bukan sesiapa untuk sesiapa
kau adalah kau untuk menjadi sesiapa

teruskan perjuanganmu..
perhatikan gerak langkahmu...
susunlah ayat teman harianmu..
dan semoga hidupmu
diberkati Tuhan Allahmu..

Rindu teluk Pulai

25 sept '09
Teluk Pulai,Klang.


Bagaimana ingin aku nyatakan perasaanku ketika ini
Inginku hanyalah persoalan-persoalan biasa
yang sering diungkapkan, sering didengar..
apakah yang dia sedang lakukan saat ini?
adakah dia sihat-sihat saja?
adakah dia sudah makan?
dengan siapakah dia sekarang?

"Betulkah kau rindu padaku??"
Dia bertanya...

Aku tidak mahu membuktikan apa-apa
mungkin tidak salah aku berfikir seperti ini

Sebelum lenaku sampai habis tidurku
Disetiap masa-masa itu
Inginku renung matamu..belai rambutmu..kucup dahimu..
dan biarkanlah gengam tanganmu kubawa sampai lelap dan jagaku..

Namun biarkanlah begini
Kau suda putuskan begitu
dan terukanlah begitu
Aku tidak mahu memaksa atau menagih simpati
Itu bukan caraku..
Itu bukan aku dan bukan atas kemahuanmu
Kalaupun aku nyatakannya
Pastinya suaraku tenggelam ditelan deru laut china selatan
dibawa pergi oleh angin tenggara sebelum sampai ke deria pendengaranmu

Kerana aku hanya semut merah
yang berkelana di bukit-bukit kepulauan Borneo
dan kau..gajah putih agung di tanah kerajaan siam
Jauh....sangat jauh....

Monday 24 August 2009

MH3154

Lapangan Antarabangsa Kuching pagi itu agak sepi. Tidak banyak penumpang atau pengunjung yang kelihatan. Aku melihat jam tangan di lengan kiriku. Baru pukul 6.13 pagi. Hari sudah siang tapi matahari belum lagi kelihatan. Kakiku terasa lenguh duduk berdiam sahaja sejak satu jam yang lalu. ‘Aircond’ tempat ini terasa sejuk hingga menyisip terus kedalam pembulu darahku. Aku tidak tahu mahu pergi kemana. Ini kali kedua aku menjejakkan kaki di tempat ini . Kali pertama adalah kira-kira 3 bulan yang lepas. Semuanya nampak asing bagiku. Tidak sabar rasanya untuk menaiki pesawat yang lebih besar. Dahulu aku kesini hanya menaiki kapal terbang ’Poker’ sahaja. Bila difikirkan, tiga bulan aku berada di negeri kenyalang ini terasa hanya seminggu. Seolah-olah hanya percutian yang singkat sahaja.

”Fuuhh...”

Aku mengeluh kebosanan dan cuba mententeramkan perasaanku sendiri. Aku mulai terfikir-fikir apakah yang akan aku katakan kepada keluargaku nanti.

"Ahh...biarkanlah mereka marah, ini pilihan aku sendiri. Biarlah aku yang menentukan masa depanku.” Aku berkata sendirian.

Mataku meleret kekanan dan kekiri tanpa fokus yang nyata. Manusia, memang pelbagai ragam dan bentuknya. Penerbangan MAS MH3154 yang akan aku naiki nanti hanya akan berlepas pada pukul 10.05 pagi. Aku melihat-lihat barang yang aku bawa. Hanya sebuah beg Polo Water Sport lama yang menempatkan koleksi pakaianku selama aku disini. Itu pun beg sandang Body Glove yang aku beli ketika datang ke Kuching dulu tidak lagi dapat memuatkan barang yang hendak kubawa balik, barulah uncle aku memberikan beg hitam beroda ini. Di bahagian kiri tempat aku duduk, aku letakkan troli yang memuatkan sekotak barangan pemberian Uncle Jacob. Aku tersenyum sendiran melihat kotak coklat lusuh itu apabila memikirkan barangan yang ada di dalamnya.

Sepanjang 3 bulan aku berada di bumi kenyalang ini, Uncle Jacob atau pak cik aku itulah yang banyak membantu aku. Kedatanganku ke negeri “Bujang Senang” inipun hanyalah secara kebetulan. Nasib baiklah ada saudara yang menetap di Bandaraya Kuching ini. Kalau tiada, pasti kehidupanku selama disini lebih sukar dari yang aku alami selama 3 bulan ini. Kerana ada saudara di sini jugalah yang mendorong aku untuk datang kesini. Saudara jauh aku itu kini telah berkeluarga. Dahulu adik datuk sebelah ayahku, Atuk Gasan telah dihantar bertugas ke Sarawak semasa era pemberontakan komunis di Borneo. Atuk Gasan akhirnya berkahwin dengan wanita tempatan berbangsa Bidayuh dan menetap terus di Serian, Sarawak. Hasil perkahwinan itulah yang melahirkan Uncle Jakob dan beberapa orang lagi pak cikku yang tidak sempat aku kenali lebih dalam ketika aku berada di sini. Hanya serba sedikit yang aku ketahui tentang mereka.

Namun oleh kerana hanya keluarga Uncle Jakob yang sering pergi ke Sabah untuk melawat saudara mara disana, maka kepada Uncle Jakob sajalah aku sering berhubung dan meminta bantuan. Oleh kerana Uncle Jacob bekerja hari ini, maka aku terpaksa meminta Uncle Jacob menghantarku kesini lebih awal. Aku tidak kisah asalkan aku sampai di lapangan terbang ini sebelum masa penerbanganku tiba.

”Sampai di sana, sampaikan salam kami pada bapa kau dan saudara-saudara di kampung. Kalau dapat, hujung tahun ini kami akan balik kesana, itu pun kalau atuk kamu itu sudah bertambah sihat menaiki kapal terbang.”

Itu pesan Uncle Jakob kepadaku pagi tadi sebelum meninggalkan aku berdikari di lapangan terbang yang masih asing bagiku ini.

”Terima kasih uncle, menyusahkan uncle saja. But don’t worry uncle, saya pasti ceritakan tentang keluarga kita disini kepada saudara disana.” Aku terus tersenyum kepada Uncle Jacob.

”Nah...belilah apa yang patut untuk nenek kita kah untuk mama kau kah, suka hati lah apa kau mahu beli. Kesian diorang nanti mengharap hadiah kau dari sini.”

Uncle Jacob sempat menghulurkan aku wang RM50 sebelum pergi. Gaya percakapannya yang cuba meniru loghat orang Sabah kedengaran agak melucukan.

”Pelan-pelan uncle, kirim babai sama untie”.

Itulah kata-kata terakhir yang sempat aku katakan kepada uncle sebelum dia berlalu pergi pagi tadi. Sekali lagi aku melihat jam jenama Diesel di lenganku. Jam 7.30 pagi. Lama lagi bisik hatiku. Aku melihat-lihat sekeliling. Orang yang berlegar-legar di ruangan utama lapangan terbang ini semakin ramai. Melalui pengamatanku, pelancong asing lebih ramai berbanding penduduk tempatan disini hari ini. Selain mereka yang berbangsa Cina yang aku sendiri tidak pasti asalnya dari mana. Barangkali penduduk tempatan juga kerana penduduk bandaraya ini majoritinya penduduk berbangsa Cina pada pendapatku.

Sesekali ada kanak-kanak kecil yang berlarian di hadapan tempat dudukku. Kedengaran juga suara-suara ibu bapa yang mendiamkan anak-anaknya daripada membuat bising. Sesekali kedengaran pengumuman penerbangan memecah kebuntuan persekitaran yang pembesar suaranya aku sendiri tidak tahu di mana letaknya. Tangisan bayi yang berada di pangkuan seorang wanita berbangsa Cina di belakangku tiba-tiba mengingatkan aku akan kanak-kanak di kampung. Pasti anak kakakku di rumah sudah boleh merangkak sekarang. Dulu semasa aku datang kemari, bayi itu sudah boleh meniarap dan beraksi gaya seorang perenang.

Kembali teringatkan kampung halamanku, sekali lagi aku terfikir akan kepulangan aku ini. Aku sememangnya terasa bersalah dan terlalu menyusahkan keluargaku yang bertungkus lumus mengumpul dana untuk menghantar aku kesini. Namun akhirnya usaha mereka itu sia-sia sahaja tanpa penghujung yang boleh dibanggakan. Namun rasanya pengalamku ini lebih bermakna berbanding menyiram air di atas daun keladi.

Keputusanku untuk melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta di ibu kota Sarawak ini beberapa bulan yang lalu seolah-olah satu mimpi buruk bagiku. Tawaran melanjutkan pelajaran sesudah aku lulus dalam temuduga yang diadakan membuatkan semangat aku mencapai kemuncaknya. Apatah lagi bidang yang ditawarkan itu merupakan bidang yang aku minati sejak di bangku sekolah lagi. Maka aku lantas mewujudkan letusan yang mewujudkan keterujaan dalam keluargaku. Sokongan demi bantuan datang bersimpul.

Ayahku merupakan insan yang paling gembira dan bangga apabila aku berjaya diterima masuk untuk melanjutkan pelajaran dalam Bachelor in Law sebagai pelajar tumpang di kolej tersebut. Bachelor tersebut merupakan tawaran daripada University of London dan kerana itulah aku tidak malu untuk bergelar seorang pelajar kolej. Apatah lagi, antara anak-anak saudaraku yang lain, hanya akulah yang berjaya mendapat tawaran setinggi itu dalam lipatan masa keturunan keluarga kami ketika itu.

Namun saat gembira itu tidak seindah yang aku sangkakan. Segala yang dijanjikan oleh pihak kolej kepadaku tidak semanis seperti yang disenaraikan. Pinjaman sebanyak 70 ribu yang dijanjikan hanya mampu menghasilkan 40 ribu. Sebagai anak petani yang hanya bergantung kepada hasil alam pergunungan seperti keluargaku, 30 ribu itu sangat banyak. Mungkin pendapatan lima atau tujuh tahun bagi keluargaku. Tempat tinggal yang dijanjikan tidak sesempurna mana. Walaupun aku bukanlah seorang yang mementingkan kesempurnaan, namun janji yang dikatakan haruslah ditunaikan. Aku sudah biasa dengan kehidupan orang kampung. Tinggal di dalam rumah yang bercahayakan sinaran api minyak tanah yang dibuat dalam botol kaca sudah menjadi perkara biasa bagiku. Namun keadaan tempat tinggal yang tidak ubah seperti penempatan setinggan sangat merimaskan bagi seorang pelajar seperti aku. Tidur, belajar dan makan bersama 12 orang lagi dalam sebuah bilik yang hanya berkeluasan 15 x 15 kaki itu bukanlah keadaan yang mereka gambarkan sebelum ini. Malah kadar sewa tempat tinggal yang dikenakan agak mengejutkan kerana sebelum ini pihak kolej sudah berjanji bahawa tempat tinggal percuma bagi pelajar Bachelor adalah disediakan.

Berdepan dengan masalah seperti itu membuat pendirian dan kepercayaanku terhadap gedung ilmu bergelar kolej punah serta merta. Kedatangan surat tawaran daripada sebuah universiti terkemuka dalam negara seolah-olah mengembalikan semula semangatku untuk mencari identiti diri sekali lagi.

Pada pagi abangku menelefon aku tentang surat tawaran itu jugalah aku membuat satu keputusan. Sempat aku menelefon dan bertanya kepada abang-abangku yang selama ini membiayai persekolahanku tentang keputusanku itu. Mereka tidak banyak bercakap. Itu masa depan kau, kami tiada hak. Kami hanya mampu membantu setakat yang kami mampu. Itu kata mereka. Akhirnya keputusan itulah yang membawa aku di sini ketika ini. Satu keputusan yang yang pasti mengejutkan ramai orang. Namun saat itu aku sudah nekad dengan matlamat baruku itu.

”Maafkan saya, saya terpaksa berhenti meneruskan pengajian saya di kolej ini”.

Itulah kata-kata aku kepada setiausaha kolej itu pada petang aku menerima surat tawaran tersebut.

”Apa??”

Cik Ling seolah-olah tidak percaya dengan apa yang aku katakan.

”Saya mahu berhenti belajar di sini. Saya sudah tidak tahan. Saya sudah kehabisan duit.”

Itu kataku untuk cuba menjelaskan pendirianku.

”Tapi you sudah study kat sini hampit 3 bulan secara full time. You harus membayar yuran pengajian selama 3 bulan itu”.

Cik Ling, setiausaha kolej itu menjelaskan apa yang harus aku lunaskan sekiranya aku berhenti. Hatiku merasa meluat dengan permintaan itu ketika itu. Memang dasar kolej. Hanya tahu mencari untung saja. Tidak adakah perkara lain yang harus dibincangkan selain wang?!. Hatiku mulai panas.

“Tapi Miss…yuran yang saya bayar masuk kesini sudah cukup banyak. Kalau dikirakan sudah lebih dari mencukupi untuk membayar semua itu”.

Aku cuba membantah akan permintaan yang tidak masuk akal itu. Pertarunganku dengan perasaanku sendiri hampir sampai kemuncaknya ketika itui. Semasa aku mendaftar masuk ke kolej itu dulu, aku telah menghabiskan hampir RM 4 ribu untuk segala pembayaran yang harus aku lunaskan. Mahu aku membayar lagi?? Aku tersengih. Aku tidak akan tertipu buat kali kedua dari pihak yang sama.

“Tapi yuran itu untuk pendaftaran saja. It’s soo expensive because your must pay by pound sterling. Yuran lecturer belum dikira lagi Harry. Kami boleh saman you kalau tidak membayar yuran itu.”

“Maafkan saya miss, tapi saya memang sudah buat keputusan, saya akan balik esok. Tiket kapal terbang sudah saya beli sebentar tadi sebelum kesini. Seandainya pihak kolej mahu menuntut pembayaran lagi daripada saya. Ya, silakan saja. Saya juga tertipu dengan janji-janji manis kamu. Dulu kamu janjikan saya Full Loan, bilik single, tempat free hostel, diskaun 30 peratus bagi 15 pelajar pertama yang mendaftar, tapi satu pun saya tidak dapat. Jadi beginilah, kalau pihak kolej mahu menyaman saya, kita selesaikan saja di makhamah nanti. Ingat miss, saya juga pelajar undang-undang. Saya tahu apa hak saya dan apa yang boleh saya tuntut dari pihak kamu. Terima kasih.”

Kenyataan itu telah membuat Miss Ling terdiam seketika. Saat dia cuba bercakap sekali lagi aku senyum padanya dan berlalu pergi begitu sahaja. Petang itu juga Uncle Jackob menjemput aku kerumahnya. Itu kali kedua aku datang kerumahnya selepas seminggu aku bercuti disana ketika Hari Gawai beberapa minggu yang lalu. Uncle Jacob sendiri tidak tahu akan masalah yang aku hadapi ketika itu. Yang dia tahu hanyalah aku menerima tawaran belajar di universiti dan berhenti sebagai seorang pelajar kolej. Cukuplah dia sudah bersusah payah membantuku selama ini, masalah ini biar menjadi hal peribadi aku sendiri. Itu pendapatku ketika itu.

Bunyi nada mesej telefon bimbitku mematikan lamunanku. Jam dalam telefon bimbit ini menunjukkan tinggal sejam lagi penerbanganku akan tiba. Aku baca satu persatu perkataan dalam mesej telefon bimbitku. Abang aku bertanya aku sudah berada di mana. Dia mengatakan bahawa dia sudah mahu bertolak dari rumah untuk pergi ke KKIA. Aku mengatakan bahawa dalam 3 jam lagi aku akan sampai di KKIA. Penerbanagan menaiki pesawat biasanya akan mengambil masa kira-kira sejam setengah hingga dua jam untuk sampai ke Kota Kinabalu International Airport. Bergantung kepada cuaca dalam perjalanan.

Abang mengatakan dia mahu jalan awal, takut tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di bandaraya Kota Kinabalu nanti katanya. Dia mengatakan mak dan Jeli, abang aku yang paling muda akan datang sama. Patrik, abang ketiga aku yang tua tidak turun menoreh getah hari ini semata-mata mahu menjemputku di lapangan terbang.

Kelihatan kaunter pengesahan untuk penumpang MH3154, Kuching ke Kota Kinabalu sudah dibuka. Aku sedikit merasa gemuruh tatkala melangkah kearah kaunter itu. Langkahku tiba-tiba terhenti. Baru aku sedar rupanya kotak yang berisi barang-barang keluaran kilang Untie Jane, isteri Uncle Jakob yang hendak aku bawa itu belum aku hantar untuk di periksa di bahagian imbasan barangan. Aku dengan cepatnya bertukar arah ke tempat scan barangan yang hendak di muatkan dalam muatan kargo pula. Mujurlah tiada barangan terlarang dalam kotak yang diberikan oleh Uncle Jakob itu.

Aku terpaksa mengikut barisan yang agak panjang untuk sampai ke kaunter pendaftaran. Hanya satu kaunter yang dibuka ketika ini memandangkan masa penerbangan MH3154 masih agak lama. Masih ada lapan orang dihadapanku ketika aku cuba mengcongak-congak berapa berat barangan yang aku ada. Kotak ini pastinya sudah hampir 20 kilo. Beg pakaian ini pula dalam 10 kilo. Semuanya kira-kira 30 kilogram. Jumlah berat barangan yang tidak dikenakan caj tambahan hanyalah 25 kilogram. Ertinya 5 kilogram lagi harus dibayar dengan caj sebanyak RM12.00 sekilo. Mujurlah aku masih ada sedikit wang lebihan serta wang yang diberikan Uncle Jacob pagi tadi. Jadi aku tidaklah risau sangat. Sampai giliran aku, gadis berbaju kebaya kebiru-biruan menyapa aku dengan lembut sambil tersenyum.

”Minta IC encik”. Gadis muda itu memulakan urus niaga antara kami.

Aku lihat tanda namanya yang tersemat kemas di bahagian dada kanannya. Jasmin. Cantik nama itu. Dengan keadaan serba kekampungan, aku menyerahkan terus kad pengenalan MyCard biru yang menjadi identiti aku selama ini.

”Sila letakkan disini”.

Gadis itu menunjukkan tempat di sebelah kanannya seolah-olah pelantar yang boleh digerakkan. Dibelakang kaunter itu kelihatan satu lagi pelantar yang berlapis hitam yang terus bergerak keluar entah kemana. Semua barang yang hendak dibawa melalui kargo harus melalui diletakkan dan melalui ”saliran” itu. Aku meletakkan kotak itu di atas seperti yang diarahkannya. Selepas itu aku meletakkan pula beg Polo disebelah kotak itu. Seketika itu juga jumlah berat kesemua barangan itu tertera pada skrin di hadapan kaunter itu. Beratnya menunjukkan 28.8 kg.

”Encik, berat maksimum adalah 25 kilogram. Encik harus membayar lebihan 3 kilogram ini”. Gadis itu memecah kebuntuanku melihat berat yang tertera pada skrin penimbang itu.

”Cik, beg sebesar ini saya boleh bawa masuk kedalam kapal tak?” Aku memberanikan diri untuk bertanya dengan harapan beg itu dibenarkan untuk dibawa masuk kedalam kabin kapal terbang.

”Sekejap ya, cuba alihkan kotak ini dulu, kita lihat berapa berat beg encik ini. Kalau tidak melebihi 7 kilogram, encik boleh membawanya masuk”.

Gadis itu terus tersenyum melihat gelagatku yang masih daif akan tatacara lapangan terbang. Aku mengalihkan kotak itu dan membiarkan beg Polo yang sarat berisi pakaian itu di atas pelantar. “5.2 kg.” Syukurlah. Sekurang-kurangnya aku dapat menjimatkan beberapa ringgit disini. Aku tersenyum sendirian.

”Baiklah, encik boleh membawa beg ini masuk”. Gadis itu senyum lagi padaku.

”Cik, boleh lekatkan tanda barangan mudah pecah tak atas kotak ni. Takut barang dalam kotak ni pecah pula...”

Aku sekali lagi memberanikan diri meminta sesuatu yang hanya seketika tadi aku pelajari. Penumpang di hadapan aku tadi turut meminta perkara yang sama. Maka aku juga baru terfikir tentang perkara yang sama. Gadis itu hanya tersenyum saja dan melekatkan satu pelekat yang bertanda gelas berwarna merah. Mungkin lambang gelas itulah yang melambangkan barangan dalam kotak ini mudah pecah fikirku.

”Ok, encik bolehlah masuk ke ruangan menunggu menaiki pesawat di Gate 4” Gadis itu menunjukkan arah ”Gate’ yang harus aku lalui itu.

”Terima kasih”.

Aku hanya tersenyum padanya dan berlalu pergi. Aku mencapai beg Polo hitam yang aku letakkan di atas lantai sebentar tadi dan berjalan menuju terus ke tempat yang diarahkan tadi. Kelihatan seorang pegawai keselamatan lengkap berpakaian seragam polis tercegat di laluan utama itu. Aku hanya menyerahkan tiket penerbangan dan selepas meneliti tiket itu seketika, pegawai itu dengan muka seriusnya membenarkan aku masuk. Sekali lagi, barangan aku harus diimbas. Kali ini, dompet, telefon bimbit dan beg yang aku bawa harus diletakkan kedalam mesin pengimbas itu. Aku agak risau apabila mesin itu berbunyi. Namun pegawai yang meneliti di tempat itu membenarkan aku masuk. Mungkin logam pada beg pakaian itu kata hatiku.

Di satu bahagian lagi, sekali lagi kad pengenalan dan pasport akan diperiksa. Aku memberikan kad pengenalan MyKad berserta dengan tiket penerbangan aku kepada pegawai yang bertugas. Oleh kerana negeri ini masih menetapkan peraturan imigresennya yang ketat, makan pelawat dari dalam negara terutamanya dari Semenanjung Malaysia harus memiliki pasport antarabangsa untuk datang melancong di Sarawak. Berbeza dengan penduduk seperti aku, yang berasal dari Sabah, aku memilki sedikit kelonggaran itu. Apatah lagi kedatangan aku ke negeri ini adalah mengunakan visa pelajar. Mungkin kerana itulah aku tidak memerlukan pasport untuk memasuki negeri ini.

Berada dalam pesawat di atas langit memang menyeronokkan terutamanya ketika waktu siang dan cuaca cerah. Gumpalan-gumpalan awan diatas ruang udara sangat indah sekali. Ia seolah-olah buih-buih sabun yang terapung di permukaan air. Sangat berbeza dengan betuk dan keadaannya yang dapat dilihat dari permukaan tanah. Seingat aku, panorama seumpama ini hanya dapat dilihat di satu tempat sahaja di Malaysia selain dari atas pesawat. Di puncak Gunung Kinabalu. Pemandangan-pemandangan seumpama inilah membuatkan aku rindu untuk kembali menawan puncak Gunung Kinabalu itu. Apatah lagi suhu dalam pesawat ini sangat sejuk dan dingin yang mengingatkan aku saat-saat embun jantan menjamah badanku ketika berada di puncak gunung itu dahulu.

Ketika aku tersedar dari mengimbas kembali kenanganku ketika mendaki gunung dahulu, daratan Borneo Utara sudah mulai kelihatan di bawah sana. Pesisir pantai yang kelihatan memutih dan berombak dapat dilihat dari atas. Permukaan daratan yang berbukit bukau biru kegelapan juga kelihatan dengan jelas. Nun jauh disebalik bukit-bukit itu pula kelihatan tompok-tompok awan putih yang menjalar bertaburan. Indah sungguh ciptaan Tuhan. Melihat semua ini membuatkan aku terasa sangat kerdil di atas muka bumi ini.

Disaat kapal terbang itu mulai merendahkan ketinggiannya dan menghampiri permukaan bumi. Bayangan muka emak dan ayahku bersilih ganti muncul dalam benakku. Kadang kala muka abang sulungku sempat muncul dalam bayangan-bayangan itu. Aku mulai gelisah. Aku mulai merasakan seolah-olah penghawa dingin pesawat ini sudah dimatikan. Aku tidak faham mengapa aku merasa gementar untuk kembali semula ke tempat ini.

Sesudah aku turun dari kapal terbang MH3154 MAS itu, aku bergerak dengan pantas ketempat menunggu bagasi yang dimasukkan kedalam kargo. Beg Polo yang aku bawa menaiki pesawat tadi terasa sangat ringan. Dalam perjalanan memasuki terminal KKIA, bayu laut tengah hari di KKIA yang bertiup dari pesisir pantai sempat aku sedut sedalam-dalamnya. Barulah aku sedar betapa aku rindu akan negeriku selama ini. Aku melihat di sekelilingku. Ya, memang benar. Aku sudah kembali disini. Sabah tanah tumpah darahku. Aku sudah pulang!! Teriak hatiku.

”Nokorikot oku no!”

Itukah perkataan tempatan pertama yang keluar dari mulutku ketika aku menelefon dan memberitahu abangku bahawa aku sudah sampai. Kami dalam keluarga sebenarnya lebih suka berkomunikasi dalam bahasa Dusun. Dalam bahasa Melayu, ia bermaksud, ’aku sudah sampai’.

”Hombo ko??”

Abang aku, Patrik dengan suara garaunya bertanya pula dimana aku berada. Dari nada suaranya aku dapat merasakan kegembiraannya. Aku hanya sempat memberitahu supaya menunggu saja kemunculanku di pintu ketibaan utama sebelum abang aku mematikan telefonnya.

Namun aku mulai merasa hairan. Mengapa mereka tidak pernah marah padaku akan keputusanku itu?? Adakah mereka lebih berbangga seandainya aku berjaya memasuki universiti terkemuka negara ini?? Persoalan-persoalan itu bermain dalam fikiranku seketika.
Sebentar sahaja lagi aku akan bertemu dengan emak dan dua orang abangku. Aku mulai menyusun ayat dalam mindaku. Perlukah aku meminta maaf akan kegagalanku menunaikan harapan keluarga ini kepada mereka? Haruskah aku mendiamkan diri sahaja dan buat-buat tidak tahu tentang apa yang telah berlaku? Sememangnya aku tidak tahu mahu mengatakan apa apabila aku berjumpa dengan mereka nanti. Aku akan cuba berlagak biasa, fikirku.

Aku sememangnya sedar bahawa pemergianku ke negeri jiran itu merupakan satu harapan besar dalam keluargaku. Pemergian yang dibebani oleh seribu harapan dari mereka yang inginkan kehidupan yang lebih baik dalam keluargaku. Apatah lagi, antara tujuh orang adik beradiknya, bapaku sangat berbangga denganku. Anakku adalah orang paling berpendidikan dalam 200 orang dalam keturunan keluarga kita katanya. Kadang kala, aku merasa segan dan malu akan gelaran itu. Adakah selepas aku menamatkan pengajian di universiti nanti, gelaran itu akan tetap menjadi milikku? Aku tidak tahu. Bukan itu yang aku fikirkan. Aku hanya mahu mama dan bapaku gembira kerana anaknya. Aku mahu mereka bangga dengan anak-anaknya walaupun kehidupan keluarga kami agak serba kekurangan berbanding dengan keluarga adik beradik bapaku yang lain. Aku mahu membalas jasa kedua orang tuaku kerana melahirkan kami 11 ornag adik beradik. Aku gembira punya keluarga besar seperti ini.

Setelah aku mendapatkan kotak lusuh itu semula. Aku memeriksanya. Mujurlah kotak itu masih kelihatan elok dan tiada tanda-tanda kerosakan pada kotaknya. Sebentar lagi, aku akan berhadapan dengan keluargaku. Degupan jantungku seolah-olah bertambah cepat. Peluh belakang badanku mulai aku rasakan. Panas.

Dari jauh kulihat abang dan mama melambai-lambaikan tangannya memberikan isyarat akan kedudukan mereka. Aku menuju kearah mereka. Kulihat muka ibuku masih seperti dulu. Semangat dan ketabahan dalam dirinya masih jelas kelihatan pada wajahnya. Matanya masih punya kekuatan yang aku sentiasa perlukan itu. Terima kasih Tuhan, Kau masih menjaga ibuku dengan sempurna, doaku dalam hati.

”Saya sudah balik mak, saya sudah jadi peguam.”

Dengan senyuman yang dibuat-buat, aku cuba bergurau kepada ibuku sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan mereka berdua. Tanganku disambut dengan senyuman ibuku. Tapak tangannya terasa kasar dan sejuk. Abangku hanya mendiamkan diri sahaja selepas bersalaman denganku. Dia hanya datang mengangkat barang yang kubawa dan membawanya ke dalam kereta Proton Saga model 1997 berwarna kelabu milik abangku, Patrik.

”Kau semakin kurus Adie.” Kata ibuku.

”Patrik parking kereta di mana? Kenapa Si Tutuk tidak ikut?”

Aku pura-pura bertanya kepada ibu tentang anak kakakku yang sejak pagi tadi sangat beria-ia mahu mengikut ibuku pergi ke lapangan terbang. Aku cuba untuk mengalihkan topik perbualan daripada bercerita tentang keadaanku yang sememangnya susut hampir 10 kilogram sejak aku meninggalkan negeri ini. Dengan keadaan ini aku pasti akan dimarahi. Ibu sememangnya tahu akan cabaran dan keadaan hidupku selama aku berada di Kuching.

Soalanku tidak dijawap ibuku. Ibu sememnagnya tahu akan cabaran dan keadaan hidupku selama aku berada di Kuching. Kulihat ada air jernih dikelopak matanya.

cinta dan cinta...

Cinta bukan permainan..
Itu kata mereka..
Cinta bukan sekadar indah dimata
Itu fikir mereka..

Seorang penglipur memberi pendapatnya..
Cinta itu buta..
Tapi ini terlalu biasa..
Dia kembali dengan perkataannya
Cinta itu pengorbanan..
Benarkah??
Tiada yang
cuba memahami perkataan ini
Ada yang hanya mengiakan saja
Ada juga yang hanya tersenyum sinis
Untuk apa kau berkata-kata tentang cinta?
Itu perjuangan mereka..

Si musafir pula menyusun ayatnya..
Cinta itu udara segar yang perlu dicari..
Tanpa cinta hidup tiada warnanya
Bosan..itu katanya.
Seorang anak muda mendongak ke atas..
Kita tidak perlu mencari cinta..
Cinta itu ada dimana-mana..
Percayalah..
Kau akan jatuh cinta lebih dari sekali..
Kata-kata itu dengan mudahnya membayangi mereka..

Kata orang lama..
Tak kenal maka tak cinta..
Benarkah?
Bagaimana dengan falsafah
Cinta pandang pertama??
Cinta..
Cinta…
Biarlah mereka mencari cinta mereka..
Dunia ini kecil..
Jika mereka tahu apa itu cinta.

Saturday 22 August 2009

MH3154

Lapangan Antarabangsa Kuching pagi itu agak sepi. Tidak banyak penumpang atau pengunjung yang kelihatan. Aku melihat jam tangan di lengan kiriku. Baru pukul 6.13 pagi. Hari sudah siang tapi matahari belum lagi kelihatan. Kakiku terasa lenguh duduk berdiam sahaja sejak satu jam yang lalu. ‘Aircond’ tempat ini terasa sejuk hingga menyisip terus kedalam pembulu darahku. Aku tidak tahu mahu pergi kemana. Ini kali kedua aku menjejakkan kaki di tempat ini . Kali pertama adalah kira-kira 3 bulan yang lepas. Semuanya nampak asing bagiku. Tidak sabar rasanya untuk menaiki pesawat yang lebih besar. Dahulu aku kesini hanya menaiki kapal terbang ’Poker’ sahaja. Bila difikirkan, tiga bulan aku berada di negeri kenyalang ini terasa hanya seminggu. Seolah-olah hanya percutian yang singkat sahaja.

”Fuuhh...”

Aku mengeluh kebosanan dan cuba mententeramkan perasaanku sendiri. Aku mulai terfikir-fikir apakah yang akan aku katakan kepada keluargaku nanti.

“Ahh...biarkanlah mereka marah, ini pilihan aku sendiri. Biarlah aku yang menentukan masa depanku.” Aku berkata sendirian.

Mataku meleret kekanan dan kekiri tanpa fokus yang nyata. Manusia, memang pelbagai ragam dan bentuknya. Penerbangan MAS MH3154 yang akan aku naiki nanti hanya akan berlepas pada pukul 10.05 pagi. Aku melihat-lihat barang yang aku bawa. Hanya sebuah beg Polo Water Sport lama yang menempatkan koleksi pakaianku selama aku disini. Itu pun beg sandang Body Glove yang aku beli ketika datang ke Kuching dulu tidak lagi dapat memuatkan barang yang hendak kubawa balik, barulah uncle aku memberikan beg hitam beroda ini. Di bahagian kiri tempat aku duduk, aku letakkan troli yang memuatkan sekotak barangan pemberian Uncle Jacob. Aku tersenyum sendiran melihat kotak coklat lusuh itu apabila memikirkan barangan yang ada di dalamnya.

Sepanjang 3 bulan aku berada di bumi kenyalang ini, Uncle Jacob atau pak cik aku itulah yang banyak membantu aku. Kedatanganku ke negeri “Bujang Senang” inipun hanyalah secara kebetulan. Nasib baiklah ada saudara yang menetap di Bandaraya Kuching ini. Kalau tiada, pasti kehidupanku selama disini lebih sukar dari yang aku alami selama 3 bulan ini. Kerana ada saudara di sini jugalah yang mendorong aku untuk datang kesini. Saudara jauh aku itu kini telah berkeluarga. Dahulu adik datuk sebelah ayahku, Atuk Gasan telah dihantar bertugas ke Sarawak semasa era pemberontakan komunis di Borneo. Atuk Gasan akhirnya berkahwin dengan wanita tempatan berbangsa Bidayuh dan menetap terus di Serian, Sarawak. Hasil perkahwinan itulah yang melahirkan Uncle Jakob dan beberapa orang lagi pak cikku yang tidak sempat aku kenali lebih dalam ketika aku berada di sini. Hanya serba sedikit yang aku ketahui tentang mereka.Namun oleh kerana hanya keluarga Uncle Jakob yang sering pergi ke Sabah untuk melawat saudara mara disana, maka kepada Uncle Jakob sajalah aku sering berhubung dan meminta bantuan. Oleh kerana Uncle Jacob bekerja hari ini, maka aku terpaksa meminta Uncle Jacob menghantarku kesini lebih awal. Aku tidak kisah asalkan aku sampai di lapangan terbang ini sebelum masa penerbanganku tiba.

”Sampai di sana, sampaikan salam kami pada bapa kau dan saudara-saudara di kampung. Kalau dapat, hujung tahun ini kami akan balik kesana, itu pun kalau atuk kamu itu sudah bertambah sihat menaiki kapal terbang.”

Itu pesan Uncle Jakob kepadaku pagi tadi sebelum meninggalkan aku berdikari di lapangan terbang yang masih asing bagiku ini.

”Terima kasih uncle, menyusahkan uncle saja. But don’t worry uncle, saya pasti ceritakan tentang keluarga kita disini kepada saudara disana.”

Aku terus tersenyum kepada Uncle Jacob.

”Nah...belilah apa yang patut untuk nenek kita kah untuk mama kau kah, suka hati lah apa kau mahu beli. Kesian diorang nanti mengharap hadiah kau dari sini.”

Uncle Jacob sempat menghulurkan aku wang RM50 sebelum pergi. Gaya percakapannya yang cuba meniru loghat orang Sabah kedengaran agak melucukan.

”Pelan-pelan uncle, kirim babai sama untie”.

Itulah kata-kata terakhir yang sempat aku katakan kepada uncle sebelum dia berlalu pergi pagi tadi. Sekali lagi aku melihat jam jenama Diesel di lenganku. Jam 7.30 pagi. Lama lagi bisik hatiku. Aku melihat-lihat sekeliling. Orang yang berlegar-legar di ruangan utama lapangan terbang ini semakin ramai. Melalui pengamatanku, pelancong asing lebih ramai berbanding penduduk tempatan disini hari ini. Selain mereka yang berbangsa Cina yang aku sendiri tidak pasti asalnya dari mana. Barangkali penduduk tempatan juga kerana penduduk bandaraya ini majoritinya penduduk berbangsa Cina pada pendapatku. Sesekali ada kanak-kanak kecil yang berlarian di hadapan tempat dudukku. Kedengaran juga suara-suara ibu bapa yang mendiamkan anak-anaknya daripada membuat bising. Sesekali kedengaran pengumuman penerbangan memecah kebuntuan persekitaran yang pembesar suaranya aku sendiri tidak tahu di mana letaknya. Tangisan bayi yang berada di pangkuan seorang wanita berbangsa Cina di belakangku tiba-tiba mengingatkan aku akan kanak-kanak di kampung. Pasti anak kakakku di rumah sudah boleh merangkak sekarang. Dulu semasa aku datang kemari, bayi itu sudah boleh meniarap dan beraksi gaya seorang perenang.Kembali teringatkan kampung halamanku, sekali lagi aku terfikir akan kepulangan aku ini. Aku sememangnya terasa bersalah dan terlalu menyusahkan keluargaku yang bertungkus lumus mengumpul dana untuk menghantar aku kesini. Namun akhirnya usaha mereka itu sia-sia sahaja tanpa penghujung yang boleh dibanggakan. Namun rasanya pengalamku ini lebih bermakna berbanding menyiram air di atas daun keladi.

Keputusanku untuk melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta di ibu kota Sarawak ini beberapa bulan yang lalu seolah-olah satu mimpi buruk bagiku. Tawaran melanjutkan pelajaran sesudah aku lulus dalam temuduga yang diadakan membuatkan semangat aku mencapai kemuncaknya. Apatah lagi bidang yang ditawarkan itu merupakan bidang yang aku minati sejak di bangku sekolah lagi. Maka aku lantas mewujudkan letusan yang mewujudkan keterujaan dalam keluargaku. Sokongan demi bantuan datang bersimpul.

Ayahku merupakan insan yang paling gembira dan bangga apabila aku berjaya diterima masuk untuk melanjutkan pelajaran dalam Bachelor in Law sebagai pelajar tumpang di kolej tersebut. Bachelor tersebut merupakan tawaran daripada University of London dan kerana itulah aku tidak malu untuk bergelar seorang pelajar kolej. Apatah lagi, antara anak-anak saudaraku yang lain, hanya akulah yang berjaya mendapat tawaran setinggi itu dalam lipatan masa keturunan keluarga kami ketika itu.

Namun saat gembira itu tidak seindah yang aku sangkakan. Segala yang dijanjikan oleh pihak kolej kepadaku tidak semanis seperti yang disenaraikan. Pinjaman sebanyak 70 ribu yang dijanjikan hanya mampu menghasilkan 40 ribu. Sebagai anak petani yang hanya bergantung kepada hasil alam pergunungan seperti keluargaku, 30 ribu itu sangat banyak. Mungkin pendapatan lima atau tujuh tahun bagi keluargaku. Tempat tinggal yang dijanjikan tidak sesempurna mana. Walaupun aku bukanlah seorang yang mementingkan kesempurnaan, namun janji yang dikatakan haruslah ditunaikan. Aku sudah biasa dengan kehidupan orang kampung. Tinggal di dalam rumah yang bercahayakan sinaran api minyak tanah yang dibuat dalam botol kaca sudah menjadi perkara biasa bagiku. Namun keadaan tempat tinggal yang tidak ubah seperti penempatan setinggan sangat merimaskan bagi seorang pelajar seperti aku. Tidur, belajar dan makan bersama 12 orang lagi dalam sebuah bilik yang hanya berkeluasan 15 x 15 kaki itu bukanlah keadaan yang mereka gambarkan sebelum ini. Malah kadar sewa tempat tinggal yang dikenakan agak mengejutkan kerana sebelum ini pihak kolej sudah berjanji bahawa tempat tinggal percuma bagi pelajar Bachelor adalah disediakan.

Berdepan dengan masalah seperti itu membuat pendirian dan kepercayaanku terhadap gedung ilmu bergelar kolej punah serta merta. Kedatangan surat tawaran daripada sebuah universiti terkemuka dalam negara seolah-olah mengembalikan semula semangatku untuk mencari identiti diri sekali lagi. Pada pagi abangku menelefon aku tentang surat tawaran itu jugalah aku membuat satu keputusan. Sempat aku menelefon dan bertanya kepada abang-abangku yang selama ini membiayai persekolahanku tentang keputusanku itu. Mereka tidak banyak bercakap. Itu masa depan kau, kami tiada hak. Kami hanya mampu membantu setakat yang kami mampu. Itu kata mereka. Akhirnya keputusan itulah yang membawa aku di sini ketika ini. Satu keputusan yang yang pasti mengejutkan ramai orang. Namun saat itu aku sudah nekad dengan matlamat baruku itu.

”Maafkan saya, saya terpaksa berhenti meneruskan pengajian saya di kolej ini”.

Itulah kata-kata aku kepada setiausaha kolej itu pada petang aku menerima surat tawaran tersebut.

”Apa??” Cik Ling seolah-olah tidak percaya dengan apa yang aku katakan.

”Saya mahu berhenti belajar di sini. Saya sudah tidak tahan. Saya sudahkehabisan duit.”

Itu kataku untuk cuba menjelaskan pendirianku.

”Tapi you sudah study kat sini hampit 3 bulan secara full time. You harus membayar yuran pengajian selama 3 bulan itu”.

Cik Ling, setiausaha kolej itu menjelaskan apa yang harus aku lunaskan sekiranya aku berhenti. Hatiku merasa meluat dengan permintaan itu ketika itu. Memang dasar kolej. Hanya tahu mencari untung saja. Tidak adakah perkara lain yang harus dibincangkan selain wang?!. Hatiku mulai panas.

“Tapi Miss…yuran yang saya bayar masuk kesini sudah cukup banyak. Kalau dikirakan sudah lebih dari mencukupi untuk membayar semua itu”.

Aku cuba membantah akan permintaan yang tidak masuk akal itu. Pertarunganku dengan perasaanku sendiri hampir sampai kemuncaknya ketika itui. Semasa aku mendaftar masuk ke kolej itu dulu, aku telah menghabiskan hampir RM 4 ribu untuk segala pembayaran yang harus aku lunaskan. Mahu aku membayar lagi?? Aku tersengih. Aku tidak akan tertipu buat kali kedua dari pihak yang sama.

“Tapi yuran itu untuk pendaftaran saja. It’s soo expensive because your must pay by pound sterling. Yuran lecturer belum dikira lagi Harry. Kami boleh saman you kalau tidak membayar yuran itu.”

“Maafkan saya miss, tapi saya memang sudah buat keputusan, saya akan balik esok. Tiket kapal terbang sudah saya beli sebentar tadi sebelum kesini. Seandainya pihak kolej mahu menuntut pembayaran lagi daripada saya. Ya, silakan saja. Saya juga tertipu dengan janji-janji manis kamu. Dulu kamu janjikan saya Full Loan, bilik single, tempat free hostel, diskaun 30 peratus bagi 15 pelajar pertama yang mendaftar, tapi satu pun saya tidak dapat. Jadi beginilah, kalau pihak kolej mahu menyaman saya, kita selesaikan saja di makhamah nanti. Ingat miss, saya juga pelajar undang-undang. Saya tahu apa hak saya dan apa yang boleh saya tuntut dari pihak kamu. Terima kasih.”

Kenyataan itu telah membuat Miss Ling terdiam seketika. Saat dia cuba bercakap sekali lagi aku senyum padanya dan berlalu pergi begitu sahaja.

Petang itu juga Uncle Jackob menjemput aku kerumahnya. Itu kali kedua aku datang kerumahnya selepas seminggu aku bercuti disana ketika Hari Gawai beberapa minggu yang lalu. Uncle Jacob sendiri tidak tahu akan masalah yang aku hadapi ketika itu. Yang dia tahu hanyalah aku menerima tawaran belajar di universiti dan berhenti sebagai seorang pelajar kolej. Cukuplah dia sudah bersusah payah membantuku selama ini, masalah ini biar menjadi hal peribadi aku sendiri. Itu pendapatku ketika itu.

Bunyi nada mesej telefon bimbitku mematikan lamunanku. Jam dalam telefon bimbit ini menunjukkan tinggal sejam lagi penerbanganku akan tiba. Aku baca satu persatu perkataan dalam mesej telefon bimbitku. Abang aku bertanya aku sudah berada di mana. Dia mengatakan bahawa dia sudah mahu bertolak dari rumah untuk pergi ke KKIA. Aku mengatakan bahawa dalam 3 jam lagi aku akan sampai di KKIA. Penerbanagan menaiki pesawat biasanya akan mengambil masa kira-kira sejam setengah hingga dua jam untuk sampai ke Kota Kinabalu International Airport. Bergantung kepada cuaca dalam perjalanan. Abang mengatakan dia mahu jalan awal, takut tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di bandaraya Kota Kinabalu nanti katanya. Dia mengatakan mak dan Jeli, abang aku yang paling muda akan datang sama. Patrik, abang ketiga aku yang tua tidak turun menoreh getah hari ini semata-mata mahu menjemputku di lapangan terbang.

Kelihatan kaunter pengesahan untuk penumpang MH3154, Kuching ke Kota Kinabalu sudah dibuka. Aku sedikit merasa gemuruh tatkala melangkah kearah kaunter itu. Langkahku tiba-tiba terhenti. Baru aku sedar rupanya kotak yang berisi barang-barang keluaran kilang Untie Jane, isteri Uncle Jakob yang hendak aku bawa itu belum aku hantar untuk di periksa di bahagian imbasan barangan. Aku dengan cepatnya bertukar arah ke tempat scan barangan yang hendak di muatkan dalam muatan kargo pula. Mujurlah tiada barangan terlarang dalam kotak yang diberikan oleh Uncle Jakob itu.Aku terpaksa mengikut barisan yang agak panjang untuk sampai ke kaunter pendaftaran. Hanya satu kaunter yang dibuka ketika ini memandangkan masa penerbangan MH3154 masih agak lama. Masih ada lapan orang dihadapanku ketika aku cuba mengcongak-congak berapa berat barangan yang aku ada. Kotak ini pastinya sudah hampir 20 kilo. Beg pakaian ini pula dalam 10 kilo. Semuanya kira-kira 30 kilogram. Jumlah berat barangan yang tidak dikenakan caj tambahan hanyalah 25 kilogram. Ertinya 5 kilogram lagi harus dibayar dengan caj sebanyak RM12.00 sekilo. Mujurlah aku masih ada sedikit wang lebihan serta wang yang diberikan Uncle Jacob pagi tadi. Jadi aku tidaklah risau sangat. Sampai giliran aku, gadis berbaju kebaya kebiru-biruan menyapa aku dengan lembut sambil tersenyum.

”Minta IC encik”.

Gadis muda itu memulakan urus niaga antara kami.Aku lihat tanda namanya yang tersemat kemas di bahagian dada kanannya. Jasmin. Cantik nama itu. Dengan keadaan serba kekampungan, aku menyerahkan terus kad pengenalan MyCard biru yang menjadi identiti aku selama ini.

”Sila letakkan disini”.

Gadis itu menunjukkan tempat di sebelah kanannya seolah-oleh pelantar yang boleh digerakkan. Dibelakang kaunter itu kelihatan satu lagi pelantar yang berlapis hitam yang terus bergerak keluar entah kemana. Semua barang yang hendak dibawa melalui kargo harus melalui diletakkan dan melalui ”saliran” itu. Aku meletakkan kotak itu di atas seperti yang diarahkannya. Selepas itu aku meletakkan pula beg Polo disebelah kotak itu. Seketika itu juga jumlah berat kesemua barangan itu tertera pada skrin di hadapan kaunter itu. Beratnya menunjukkan 28.8 kg.

”Encik, berat maksimum adalah 25 kilogram. Encik harus membayar lebihan 3 kilogram ini”.

Gadis itu memecah kebuntuanku melihat berat yang tertera pada skrin penimbang itu.

”Cik, beg sebesar ini saya boleh bawa masuk kedalam kapal tak?”

Aku memberanikan diri untuk bertanya dengan harapan beg itu dibenarkan untuk dibawa masuk kedalam kabin kapal terbang.

”Sekejap ya, cuba alihkan kotak ini dulu, kita lihat berapa berat beg encik ini. Kalau tidak melebihi 7 kilogram, encik boleh membawanya masuk”.

Gadis itu terus tersenyum melihat gelagatku yang masih daif akan tatacara lapangan terbang. Aku mengalihkan kotak itu dan membiarkan beg Polo yang sarat berisi pakaian itu di atas pelantar. “5.2 kg.” Syukurlah. Sekurang-kurangnya aku dapat menjimatkan beberapa ringgit disini. Aku tersenyum sendirian.

”Baiklah, encik boleh membawa beg ini masuk”.

Gadis itu senyum lagi padaku.

”Cik, boleh lekatkan tanda barangan mudah pecah tak atas kotak ni. Takut barang dalam kotak ni pecah pula...”

Aku sekali lagi memberanikan diri meminta sesuatu yang hanya seketika tadi aku pelajari. Penumpang di hadapan aku tadi turut meminta perkara yang sama. Maka aku juga baru terfikir tentang perkara yang sama. Gadis itu hanya tersenyum saja dan melekatkan satu pelekat yang bertanda gelas berwarna merah. Mungkin lambang gelas itulah yang melambangkan barangan dalam kotak ini mudah pecah fikirku.

”Ok, encik bolehlah masuk ke ruangan menunggu menaiki pesawat di Gate 4.”

Gadis itu menunjukkan arah ”Gate’ yang harus aku lalui .

”Terima kasih.”

Aku hanya tersenyum padanya dan berlalu pergi. Aku mencapai beg Polo hitam yang aku letakkan di atas lantai sebentar tadi dan berjalan menuju terus ke tempat yang diarahkan tadi. Kelihatan seorang pegawai keselamatan lengkap berpakaian seragam polis tercegat di laluan utama itu. Aku hanya menyerahkan tiket penerbangan dan selepas meneliti tiket itu seketika, pegawai itu dengan muka seriusnya membenarkan aku masuk. Sekali lagi, barangan aku harus diimbas. Kali ini, dompet, telefon bimbit dan beg yang aku bawa harus diletakkan kedalam mesin pengimbas itu. Aku agak risau apabila mesin itu berbunyi. Namun pegawai yang meneliti di tempat itu membenarkan aku masuk. Mungkin logam pada beg pakaian itu kata hatiku.Di satu bahagian lagi, sekali lagi kad pengenalan dan pasport akan diperiksa. Aku memberikan kad pengenalan MyKad berserta dengan tiket penerbangan aku kepada pegawai yang bertugas. Oleh kerana negeri ini masih menetapkan peraturan imigresennya yang ketat, makan pelawat dari dalam negara terutamanya dari Semenanjung Malaysia harus memiliki pasport antarabangsa untuk datang melancong di Sarawak. Berbeza dengan penduduk seperti aku, yang berasal dari Sabah, aku memilki sedikit kelonggaran itu. Apatah lagi kedatangan aku ke negeri ini adalah mengunakan visa pelajar. Mungkin kerana itulah aku tidak memerlukan pasport untuk memasuki negeri ini.

Berada dalam pesawat di atas langit memang menyeronokkan terutamanya ketika waktu siang dan cuaca cerah. Gumpalan-gumpalan awan diatas ruang udara sangat indah sekali. Ia seolah-olah buih-buih sabun yang terapung di permukaan air. Sangat berbeza dengan betuk dan keadaannya yang dapat dilihat dari permukaan tanah. Seingat aku, panorama seumpama ini hanya dapat dilihat di satu tempat sahaja di Malaysia selain dari atas pesawat. Di puncak Gunung Kinabalu. Pemandangan-pemandangan seumpama inilah membuatkan aku rindu untuk kembali menawan puncak Gunung Kinabalu itu. Apatah lagi suhu dalam pesawat ini sangat sejuk dan dingin yang mengingatkan aku saat-saat embun jantan menjamah badanku ketika berada di puncak gunung itu dahulu.Ketika aku tersedar dari mengimbas kembali kenanganku ketika mendaki gunung dahulu, daratan Borneo Utara sudah mulai kelihatan di bawah sana. Pesisir pantai yang kelihatan memutih dan berombak dapat dilihat dari atas. Permukaan daratan yang berbukit bukau biru kegelapan juga kelihatan dengan jelas. Nun jauh disebalik bukit-bukit itu pula kelihatan tompok-tompok awan putih yang menjalar bertaburan. Indah sungguh ciptaan Tuhan. Melihat semua ini membuatkan aku terasa sangat kerdil di atas muka bumi ini.

Disaat kapal terbang itu mulai merendahkan ketinggiannya dan menghampiri permukaan bumi. Bayangan muka emak dan ayahku bersilih ganti muncul dalam benakku. Kadang kala muka abang sulungku sempat muncul dalam bayangan-bayangan itu. Aku mulai gelisah. Aku mulai merasakan seolah-olah penghawa dingin pesawat ini sudah dimatikan. Aku tidak faham mengapa aku merasa gementar untuk kembali semula ke tempat ini.

Sesudah aku turun dari kapal terbang MH3154 MAS itu, aku bergerak dengan pantas ketempat menunggu bagasi yang dimasukkan kedalam kargo. Beg Polo yang aku bawa menaiki pesawat tadi terasa sangat ringan. Dalam perjalanan memasuki terminal KKIA, bayu laut tengah hari di KKIA yang bertiup dari pesisir pantai sempat aku sedut sedalam-dalamnya. Barulah aku sedar betapa aku rindu akan negeriku selama ini. Aku melihat di sekelilingku. Ya, memang benar. Aku sudah kembali disini. Sabah tanah tumpah darahku. Aku sudah pulang!! Teriak hatiku.”Nokorikot oku no!”Itukah perkataan tempatan pertama yang keluar dari mulutku ketika aku menelefon dan memberitahu abangku bahawa aku sudah sampai. Kami dalam keluarga sebenarnya lebih suka berkomunikasi dalam bahasa Dusun. Dalam bahasa Melayu, ia bermaksud, ’aku sudah sampai’.”Hombo ko??” Abang aku, Patrik dengan suara garaunya bertanya pula dimana aku berada. Dari nada suaranya aku dapat merasakan kegembiraannya. Aku hanya sempat memberitahu supaya menunggu saja kemunculanku di pintu ketibaan utama sebelum abang aku mematikan telefonnya. Namun aku mulai merasa hairan. Mengapa mereka tidak pernah marah padaku akan keputusanku itu?? Adakah mereka lebih berbangga seandainya aku berjaya memasuki universiti terkemuka negara ini?? Persoalan-persoalan itu bermain dalam fikiranku seketika. Sebentar sahaja lagi aku akan bertemu dengan emak dan dua orang abangku. Aku mulai menyusun ayat dalam mindaku. Perlukah aku meminta maaf akan kegagalanku menunaikan harapan keluarga ini kepada mereka? Haruskah aku mendiamkan diri sahaja dan buat-buat tidak tahu tentang apa yang telah berlaku? Sememangnya aku tidak tahu mahu mengatakan apa apabila aku berjumpa dengan mereka nanti. Aku akan cuba berlagak biasa, fikirku. Aku sememangnya sedar bahawa pemergianku ke negeri jiran itu merupakan satu harapan besar dalam keluargaku. Pemergian yang dibebani oleh seribu harapan dari mereka yang inginkan kehidupan yang lebih baik dalam keluargaku. Apatah lagi, antara tujuh orang adik beradiknya, bapaku sangat berbangga denganku. Anakku adalah orang paling berpendidikan dalam 200 orang dalam keturunan keluarga kita katanya. Kadang kala, aku merasa segan dan malu akan gelaran itu. Adakah selepas aku menamatkan pengajian di universiti nanti, gelaran itu akan tetap menjadi milikku? Aku tidak tahu. Bukan itu yang aku fikirkan. Aku hanya mahu mama dan bapaku gembira kerana anaknya. Aku mahu mereka bangga dengan anak-anaknya walaupun kehidupan keluarga kami agak serba kekurangan berbanding dengan keluarga adik beradik bapaku yang lain. Aku mahu membalas jasa kedua orang tuaku kerana melahirkan kami 11 ornag adik beradik. Aku gembira punya keluarga besar seperti ini.Setelah aku mendapatkan kotak lusuh itu semula. Aku memeriksanya. Mujurlah kotak itu masih kelihatan elok dan tiada tanda-tanda kerosakan pada kotaknya. Sebentar lagi, aku akan berhadapan dengan keluargaku. Degupan jantungku seolah-olah bertambah cepat. Peluh belakang badanku mulai aku rasakan. Panas.Dari jauh kulihat abang dan mama melambai-lambaikan tangannya memberikan isyarat akan kedudukan mereka. Aku menuju kearah mereka. Kulihat muka ibuku masih seperti dulu. Semangat dan ketabahan dalam dirinya masih jelas kelihatan pada wajahnya. Matanya masih punya kekuatan yang aku sentiasa perlukan itu. Terima kasih Tuhan, Kau masih menjaga ibuku dengan sempurna, doaku dalam hati.”Saya sudah balik mak, saya sudah jadi peguam.”Dengan senyuman yang dibuat-buat, aku cuba bergurau kepada ibuku sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan mereka berdua. Tanganku disambut dengan senyuman ibuku. Tapak tangannya terasa kasar dan sejuk. Abangku hanya mendiamkan diri sahaja selepas bersalaman denganku. Dia hanya datang mengangkat barang yang kubawa dan membawanya ke dalam kereta Proton Saga model 1997 berwarna kelabu milik abangku, Patrik. ”Kau semakin kurus Adie.” Kata ibuku.”Patrik parking kereta di mana? Kenapa Si Tutuk tidak ikut?” Aku pura-pura bertanya kepada ibu tentang anak kakakku yang sejak pagi tadi sangat beria-ia mahu mengikut ibuku pergi ke lapangan terbang. Aku cuba untuk mengalihkan topik perbualan daripada bercerita tentang keadaanku yang sememangnya susut hampir 10 kilogram sejak aku meninggalkan negeri ini. Dengan keadaan ini aku pasti akan dimarahi. Ibu sememangnya tahu akan cabaran dan keadaan hidupku selama aku berada di Kuching.Soalanku tidak dijawap ibuku. Ibu sememnagnya tahu akan cabaran dan keadaan hidupku selama aku berada di Kuching. Kulihat ada air jernih dikelopak matanya.

Saturday 15 August 2009

BOSAN

kebosanan mulai memenuhi lurah-lurah sepi yang ditinggalkan
dibiarkan tersadai begitu sahaja tanpa pembelaan yang nyata
lurah-lurah yang terhakis itu tampak dengan jelas sekali
memang ia sudah menjadi kenyataan
bila ia terbentuk oleh penyataan
satu pun
tidak akan mampu kita isi kembali
kebosanan itu bukan yang biasa-biasa
bukan seperti meniti titian yang usang dan rapuh dimamah usia
bukan juga seperti melontar batu ke udara dan batu itu jatuh semula
ini kebosanan yang digelar melampaui norma kebiasaan
kebosanan yang sudah berada di tahap yang terdalam
kebosanan yang sudah menjadi juara kehidupan
mungkin tiada lagi selepas ini
setelah lepas satu ayat
satu perkataan
satu idea
satu pemikiran
satu tindakan mengisi
semuanya hanya menjadi satu
kesatuan yang digelar kebosanan
hanya itu saja yang boleh difahami

Tuesday 28 July 2009

kucar kacir berputar belit

gegendang-gegendang perasaan mulai berpesta pura
kenyitan perasaan menguasai perasaan
rentetan pemikiran tenggelam timbul
merah menjadi hijau dan biru berubah bentuk
semuanya serba tidak terkawal..
gelang-gelang perkataan bernubuat
kerdipan langkah menjadi luahan
ombak berlari seperti pasir bernyanyi
rumput bersiulan pokok berbisikan
siapakah yang harus diberi keutamaan??
langit mulai berterbangan
lautan mulai membentang kehebatannya
daratan terus bergelombang
siapakah yang tidak berubah??

semuanya serba tidak kena
segalanya kucar kacir
yang akhirnya tiada titik noktahnya...

Saturday 11 July 2009

Debat kehidupan

rintik-rintik embun menghujani malam ini...
seribu satu permulaan jelas tercipta....
menutupi pemikiran yang mendahului masa...
menerbitkan kemahuan yang menyeberangi
noktah susunan batu terbilang..
jiwa dan hati mulai bernafas terasing..
masing-masing berfikir dan bertelagah..
masing-masing punya tongkat pengertian sendiri...
yang terasing seperti yang tersisih berkata..

"bukan semua langkah bernafas indah..
bukan semua jemari mampu menekan
not-not lagu kehidupan...
dan bukan semua penglihatan menjanjikan kemahuan..
seumpama....
kesukaran memungkinkan percaturan tidak terduga...
masalah memungkinkan perbuatan menjadi satu masalah..."

akhirnya..
yang berkekuatan hanya mampu mengiakannya...

"penelitian menjadikan lebih waspada..
pengalaman mengajar jalan penghormatan...
perbezaan pula hanya akan menemui dua jawapan pasti..
kebencian dan keegoan tercalar.."

Tuesday 9 June 2009

Pentas Kehidupan

sebuah cerita mulai menghilang
sebuah perjalanan akan bermula
sebuah cerita akan berakhir
sebuah perjalanan akan terlukis
sebuah cerita terhenti begitu sahaja
sebuah perjalanan terhenti sesudah
sebuah cerita yang panjang...

satu kisah akan diceritakan
satu perasaan akan diluahkan
satu keinginan akan ditunjukkan
satu matlamat akan dibuktikan
satu sejarah akan dibukukan
satu peristiwa akan diingati
satu hubungan akan ditandai
satu perkataan akan disusun
satu penglihatan akan diimaginasikan
satu mimpi akan dikhayalkan
satu janji akan dipegang
satu pilihan akan dilepaskan
satu impian akan dibayangkan

semuanya serba satu
semuanya serba sama
semuanya serba baru
semuanya serba bersatu

begitulah kehidupan..
semuanya serba kekurangan
semuanya tidak mencukupi..
semuanya tidak perpenghujung..

Setia dan Penghujungnya

setia umpama madu manis
dihasilkan melalui maksud yang indah
setia bukan satu perasaan
setia itu perjuangan yang berterusan
namun setia itu seringkali dikhianati

mereka yang mampu setia
berbangga akan kewujudan pegangan itu
walau ia mungkin akan dimungkiri

setia..
penghujungnya pasti ada jawapannya..
berbaloi atau sia-sia
semuanya pasti akan terjawap
dan semuanya hanya berkisar pada satu cerita yang sama..
iaitu kasih...

Sunday 10 May 2009

buat "Hari Mama"

sesudah hampir 23 tahun aku bernafas
selama itulah Mama setia bersamaku
keringat Mama yang jatuh tak ditatang
bagai satu peringatan buatku
Mama
hidupmu tidak semudah yang mereka fikirkan
9 putera dan 2 puteri
bukan mudah dibentuk menjadi insan yang sempurna
namun aku sentiasa bangga akan Mama
biar apapun yang Mama perbuat
segalanya adil dan serba sempurna buat kami
Mama
tiada lagi yang kami perlukan ketika ini
hanya rindu dan kasih yang kekal dari Mama itu jawapan segalanya
sesungguhnya kami tidak tahu
harus bagaimana pengorbanan Mama itu boleh kami fikirkan
kerna walau apapun kami perbuat kepada Mama
itu masih tidak cukup untuk segalanya
walau Mama senyum
kami tahu bahawa dengan membuatkan Mama senyum
itu masih belum cukup
terlalu tidak memadai untuk menjawap segalanya
Mama
maafkan kami
atas segalanya yang kami perbuat selama ini
segalanya yang membuat Mama menangis
segalanya yang membuat Mama sedih
segalanya yang membuat Mama risau
segalanya yang membuat Mama marah
segalanya yang membuat Mama kecewa
segalanya yang membuat Mama sakit
segalanya yang membuat Mama penat
segalanya yang membuat Mama lelah
atas segala-galanya
maafkan kami Mama
kami sedar kami siapa
kami berdiri ketika ini
semuanya kerana Mama
seandainya kami jatuh semula
maafkan kami
ia tentu mengecewakan Mama
namun kami terus sedar
perjuangan kami belum berakhir disini
biar Mama bangga memiliki kami
kerana kami bangga Mama menjadi sebahagian dari hdup kami
Mama lah yang terbaik bagi kami
dan kami akan teruskan kehidupan ini
seandainya boleh
semuanya demi harapan dan doa
segalanya demi MAMA

Thursday 30 April 2009

"Jiwang itu Seni??" harus dibela, membela atau "ble blah"..


Jiwang.....macam-macam org fikir klu kita cakap pasal jiwang..aduhaii...manusia..lain org lain penilaian,lain org lain pemahaman,lain org pula lain pula pengertiannya..aduyaiii...

Jiwang 1
=jiwang itu romantik??

Jiwang 2
=jiwang??geli laaa....

Jiwang 3
=itu tandanya berterus terang,luahan hati..tak salah pun...

rupanya..dalam sedar tidak sedar,ada pula yang mengakui.."jiwang itu seni"..saya sendiri masih belum mendalami ayat itu..kalau difikirkan..siapa pun jiwang sebenarnya..bila kita sedih..fikirkan bagaimana cara kita berfikir..berkata-kata..apatah lagi kalau kita mahu "mengayat" si dia pujaan hati..macam-macam la teknik yang keluar..namun yang pastinya..minta kasihan pun kena guna "nada" jiwang juga kann..ahahaha..

ternyata hidup ini begini..

February 17th, 2009 by gumbadi

kemana saja ada saja penglihatan penglihatan baru yang kutemui

penglihatan-penglihatan yang bisanya boleh dikatakan kabur dan dingin saja

samuanya serba kekurangan dan tiada garis panduan yang rata dan lurus terus

mungkin bisa saja kita menduga hidup ini bagaimana esok harinya

namun mau sadar tidak sadar ada saja yang tidak kita duga sama sekali tarjadi

diluar pemikiran mungkin saja mudah menjalani

namun noktahnya tiada satu pun di dunia ini yang demikian percuma senanggnya

sedangkan mau patuh terus kepada Tuhan pun tidak bisa

apatah lagi mau melawan diri sediri

memang tiada yang mampu…

kalau difikirkan terus…

hidup ini ternyata memang begini

pergian terus dan kembali semula

dan esoknya entah sampai kapan pun akan terus begitu saja ayatnya

memang senang untuk melihat tetapi mengerti itu sukar

mata memang sudah jelas dari kecil tetapi perlu juga kacamata bila dewasa

ini lah kehidupan manusia

yang tidak habis-habis bergustian terus sesama sendiri

akhirnya dirinya sendiri juga yang tidak faham mengapa ini itu samua terjadi…

dan kalaulah nanti kita mulai sadar

biarlah kita tahu siapa diri kita sebelum mau mengenal org lain

sperti ada tertulis..

“carilah dahulu kerajaan Allah dan semuanya itu akan diberikan padamu kemudian nati..”

GADIS...

February 19th, 2009 by gumbadi

gadis..???

satu nama yang seringkali meniti dibibir setiap jejaka…

bukan hanya menjadi sebutan..

kadangkala menjadi rebutan..entah mengapa…

gadis lagi…

ooohh…bosan..ada apa dengan gadis??

bukankah segalanya sudah jelas tentang si gadis itu..

mungkin gadis itu..

mmm…mungkin saja gadis itu..tp mungkin bukan..

masanya belum tiba untuk memperbesar-besarkan hal ini…

mengapa harus gadis itu..??

ya..mengapa? gadis itu bukan gadis biasa..

gadis itu punya sesuatu yang dulunya aku miliki..

dan aku inginkannya semula..

semangat itu..

senyuman itu..

suara itu..

sentuhan itu..

mata itu..

seolah-olah semuanya pernah ku miliki..

????

seharusnya aku kenal siapa gadis itu..

bukan sekadar tahu siapa dia..

tetapi harus ku kenal siapa dia…

mungkin harumannya sedang mekar mewangi sekarang…

dan mungkin selamanya bagiku..

siapa yang tahu? tiada…

yang pasti aku tahu..

dialah gadis itu…

haruskah aku mengerti..

February 11th, 2009 by gumbadi

hari ni suatu perkataan berbisik menerjah ruang hatiku…

aku bagai tidak percaya ini berlaku padaku

dan aku tidak mengerti bagaimana ini terjadi…

saat ini aku coba melihat lebih jauh lagi..

mencelah disetiap lengkuk perkataan itu

menyenduk segala yang terlerai dari perkataan itu..

perkataan itu….

pengertianya amat sukar kubendung bersama langkah sekecil ini

penghayatannya amat gelap untuk direnangi oleh hati sekecil manusia

pengucapanya amat sukar digambarkan oleh ayat sebaris cuma

namun kini aku mulai faham

walau tak sebaik yang pernah aku fahami

namun kiaranya ini mencukupi

untuk aku jadikan bekal ku meredah perkataan itu

pada hari esok…

seperti bintang..

November 11th, 2008 by gumbadi

Anda Saja Engkau Tahu
Resahku Karenamu
Andai Aku Di Benakmu
Alangkah Indahnya Dunia
Bila Ada Satu Nama Ku Rindu
Selalu Sebutkan Dirimu
Seperti Bintang Indah Matamu
Andaikan Sinarnya Untuk Aku
Seperti Ombak Debar Jantungku
Meranti Jawabanmu
Pernah Aku Dengar Darimu
Engkau Kini Sendiri
Namun Adakah Kau Dengarkan Aku
Yang Benar Inginkan Kamu
Mungkin Aku Terlalu
Berharap Yang Tak Tentu
Adakah Aku
Buatmu Yang Mengerti Aku
Biarkanlah Masa-Masa Itu
Melingkari Pengharapan Ini
Sesudah Aku Menjadi Aku
Kerna Aku Bukanlah Diriku Saat Itu
Biarkan Saja
Kerna Cinta Tak Akan Pergi Semudah Itu..