Tuesday, 7 February 2012

Complicated

It's Complicated.....

Malam yang panjang dan penuh persoalan..
Sejak mula semuanya tampak indah..
pada pertengahan ceritanya ia menghasilkan sedikit pergeseran
namun ia masih mampu ditangani dengan mudah..
atas dasar semuanya masih baru untuk dinilai...
Pada suatu babak..
jalan ceritanya mulai bergelombang..
nampaknya arus itu semakin tinggi..
mampukah ianya diselamatkan lagi??

Tidak pernah terduga walau sememangnya pernah terfikir
Apa yang cuba diilhamkan sedikit becambah
namun pada masa itu ia bergetaran
cuba untuk berdolak dalik mengalihkan cerita
masih tidak mampu menceritakan kisah sebenarnya
antara apa yang berlaku dan apa yang diinginkan
realiti dan fantasi terumbang ambing
tidak serata yang dibayangkan..
ianya berturap batu kelikir....

Pada penghujung konflik itu
kata-kata tidak lagi menjadi ukuran
perasaan dan jiwa keikhlasan tidak lagi menjadi pertimbangan
lidah menjadi bisu..jari menjadi kejang
mata memberat dan malam mengeruhkan suasana
walau hujan telah berhenti
namun salakan anjing anjing liar semakin jelas kedengaran

Biarlah...
purnama tetap putih..belum sempurna ukurannya..
sejuk dan panas tetap ada...
malam tidak akan habis warna gelapnya
siang tidak akan pernah pupus terangnya
apa pun cerita itu..pasti ada klimaxnya..
biarlah masa berlalau dan ia kan terjawap sendirinya

Bolehkah akau akhiri kekusutan ini dengan sebuah lagu??
LOBO-Will You Still Love Tommorrow..