Thursday 30 April 2009

TiaDa apa yang KekaL..

February 22nd, 2009 by gumbadi

ketika aku mengukir madah ini…sesungguhnya telah ku lalui dan ketahui banyak perkara tentang dunia..tentang manusia..tentang kehidupan….

usiaku memang masih muda..namun ini bukan ukurannya..lihatlah perjalanan kehidupan anda sendiri dan anda akan ketahui sejauh mana anda faham dan mengerti tentang cerita kehidupan ini..

aku sememangnya lahir dan masih hidup dalam ruang yang serba kekurangan..ruang yang tidak mudah untuk diterokai oleh kata-kata sekalipun, apatah lagi oleh pandangan mata biasa..semuanya seumpama ruang-ruang persoalan yang sukar terisi oleh realitinya..

apa dan bagaimana kehidupan ini adalah berbeda-beda bagi setiap manusia..walau ia adalah tampak sama pada luaranya..namun pengalaman itulah yang berkuasa untuk mengadili segala persoalan ini..

seusia muda ini aku seringkali berfikir..caraku berfikir mungkin tidak sama dengan mereka yang lain..sejauh mana anda pernah merenung kehidupan lepas anda? pernahkah anda coba untuk menongkah bagaimana kehidupan anda pada masa akan datang?? semua itu tidak mustahil..

satu perkara yang aku tahu kita semua pun tahu..ada yang tahu tapi sebenarnya dia tidak tahu bahawa sebenarnya dia tahu…ada pula yang tahu tapi sebenarnya dia tidak tahu baahawa sebenarnya dia tidak tahu..samalah seperti seseorang yang tahu bahawa dia tidak tahu berlawan dengan seseorang yang tidak tahu bahwa sebenarnya dia tidak tahu…

beberapa perkara adalah wajib berlaku dalam kehidupan ini..ia seumpama siang dan malam yang akan silih berganti..gembira..sedih..marah..kecewa..ketawa… susah..senang..menderita..sakit..ini semua adalah norma kehidupan yang kita tidak dapat hindari…

yang hidup akan mati juga..yang muncul atas gelaran ‘datang’ pasti akan menghilang bila tiba masanya untuk ia ‘pergi’…semuanya seumpama perancangan yang mudah dilakar..namun yang dipegang pasti akan terlepas..yang digenggam pasti akan terlerai…adakah mesti aku katakan kehidupan ini hanyalah rentetan cerita cerita sedih manusia…??

dan ya…hidup ini bukan semuanya akan kekal begini..ada yang akan bangkit..ada pula yang akan maju kehadapan..dan tidak kurang juga yang akan jatuh berciciran kebawah…seumpama bayang bayang yang sentiasa berubah ubah mengelilingi hidup sejengkal manusia…

No comments: