Lapangan Antarabangsa Kuching pagi itu agak sepi. Tidak banyak penumpang atau  pengunjung yang kelihatan. Aku melihat jam tangan di lengan kiriku. Baru pukul  6.13 pagi. Hari sudah siang tapi matahari belum lagi kelihatan. Kakiku terasa  lenguh duduk berdiam sahaja sejak satu jam yang lalu. ‘Aircond’ tempat ini  terasa sejuk hingga menyisip terus kedalam pembulu darahku. Aku tidak tahu mahu  pergi kemana. Ini kali kedua aku menjejakkan kaki di tempat ini . Kali pertama  adalah kira-kira 3 bulan yang lepas. Semuanya nampak asing bagiku. Tidak sabar  rasanya untuk menaiki pesawat yang lebih besar. Dahulu aku kesini hanya menaiki  kapal terbang ’Poker’ sahaja. Bila difikirkan, tiga bulan aku berada di negeri  kenyalang ini terasa hanya seminggu. Seolah-olah hanya percutian yang singkat  sahaja.
Aku mengeluh kebosanan dan cuba mententeramkan perasaanku sendiri. Aku mulai terfikir-fikir apakah yang akan aku katakan kepada keluargaku nanti.
"Ahh...biarkanlah mereka marah, ini pilihan aku sendiri. Biarlah aku yang menentukan masa depanku.” Aku berkata sendirian.
Mataku  meleret kekanan dan kekiri tanpa fokus yang nyata. Manusia, memang pelbagai  ragam dan bentuknya. Penerbangan MAS MH3154 yang akan aku naiki nanti hanya akan  berlepas pada pukul 10.05 pagi. Aku melihat-lihat barang yang aku bawa. Hanya  sebuah beg Polo Water Sport lama yang menempatkan koleksi pakaianku selama aku  disini. Itu pun beg sandang Body Glove yang aku beli ketika datang ke Kuching  dulu tidak lagi dapat memuatkan barang yang hendak kubawa balik, barulah uncle  aku memberikan beg hitam beroda ini. Di bahagian kiri tempat aku duduk, aku  letakkan troli yang memuatkan sekotak barangan pemberian Uncle Jacob. Aku  tersenyum sendiran melihat kotak coklat lusuh itu apabila memikirkan barangan  yang ada di dalamnya.
Sepanjang 3 bulan aku berada di bumi kenyalang ini,  Uncle Jacob atau pak cik aku itulah yang banyak membantu aku. Kedatanganku ke  negeri “Bujang Senang” inipun hanyalah secara kebetulan. Nasib baiklah ada  saudara yang menetap di Bandaraya Kuching ini. Kalau tiada, pasti kehidupanku  selama disini lebih sukar dari yang aku alami selama 3 bulan ini. Kerana ada  saudara di sini jugalah yang mendorong aku untuk datang kesini. Saudara jauh aku  itu kini telah berkeluarga. Dahulu adik datuk sebelah ayahku, Atuk Gasan telah  dihantar bertugas ke Sarawak semasa era pemberontakan komunis di Borneo. Atuk  Gasan akhirnya berkahwin dengan wanita tempatan berbangsa Bidayuh dan menetap  terus di Serian, Sarawak. Hasil perkahwinan itulah yang melahirkan Uncle Jakob  dan beberapa orang lagi pak cikku yang tidak sempat aku kenali lebih dalam  ketika aku berada di sini. Hanya serba sedikit yang aku ketahui tentang  mereka.
Namun oleh kerana hanya keluarga Uncle Jakob yang sering pergi ke  Sabah untuk melawat saudara mara disana, maka kepada Uncle Jakob sajalah aku  sering berhubung dan meminta bantuan. Oleh kerana Uncle Jacob bekerja hari ini,  maka aku terpaksa meminta Uncle Jacob menghantarku kesini lebih awal. Aku tidak  kisah asalkan aku sampai di lapangan terbang ini sebelum masa penerbanganku  tiba.
 ”Sampai di sana, sampaikan salam kami pada bapa kau dan saudara-saudara  di kampung. Kalau dapat, hujung tahun ini kami akan balik kesana, itu pun kalau  atuk kamu itu sudah bertambah sihat menaiki kapal terbang.”
Itu pesan Uncle Jakob kepadaku pagi tadi sebelum meninggalkan aku berdikari di lapangan terbang yang masih asing bagiku ini.
”Terima kasih uncle, menyusahkan uncle saja. But don’t worry uncle, saya pasti ceritakan tentang keluarga kita disini kepada saudara disana.” Aku terus tersenyum kepada Uncle Jacob.
”Nah...belilah apa yang patut untuk nenek kita kah untuk mama kau kah, suka hati lah apa kau mahu beli. Kesian diorang nanti mengharap hadiah kau dari sini.”
Uncle Jacob sempat menghulurkan aku wang RM50 sebelum pergi. Gaya percakapannya yang cuba meniru loghat orang Sabah kedengaran agak melucukan.
”Pelan-pelan uncle, kirim babai sama untie”.
Itulah kata-kata terakhir yang sempat aku katakan  kepada uncle sebelum dia berlalu pergi pagi tadi. Sekali lagi aku melihat jam  jenama Diesel di lenganku. Jam 7.30 pagi. Lama lagi bisik hatiku. Aku  melihat-lihat sekeliling. Orang yang berlegar-legar di ruangan utama lapangan  terbang ini semakin ramai. Melalui pengamatanku, pelancong asing lebih ramai  berbanding penduduk tempatan disini hari ini. Selain mereka yang berbangsa Cina  yang aku sendiri tidak pasti asalnya dari mana. Barangkali penduduk tempatan  juga kerana penduduk bandaraya ini majoritinya penduduk berbangsa Cina pada  pendapatku. 
Sesekali ada kanak-kanak kecil yang berlarian di hadapan tempat  dudukku. Kedengaran juga suara-suara ibu bapa yang mendiamkan anak-anaknya  daripada membuat bising. Sesekali kedengaran pengumuman penerbangan memecah  kebuntuan persekitaran yang pembesar suaranya aku sendiri tidak tahu di mana  letaknya. Tangisan bayi yang berada di pangkuan seorang wanita berbangsa Cina di  belakangku tiba-tiba mengingatkan aku akan kanak-kanak di kampung. Pasti anak  kakakku di rumah sudah boleh merangkak sekarang. Dulu semasa aku datang kemari,  bayi itu sudah boleh meniarap dan beraksi gaya seorang perenang.
Kembali  teringatkan kampung halamanku, sekali lagi aku terfikir akan kepulangan aku ini.  Aku sememangnya terasa bersalah dan terlalu menyusahkan keluargaku yang  bertungkus lumus mengumpul dana untuk menghantar aku kesini. Namun akhirnya  usaha mereka itu sia-sia sahaja tanpa penghujung yang boleh dibanggakan. Namun  rasanya pengalamku ini lebih bermakna berbanding menyiram air di atas daun  keladi.
Keputusanku untuk melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta di ibu  kota Sarawak ini beberapa bulan yang lalu seolah-olah satu mimpi buruk bagiku.  Tawaran melanjutkan pelajaran sesudah aku lulus dalam temuduga yang diadakan  membuatkan semangat aku mencapai kemuncaknya. Apatah lagi bidang yang ditawarkan  itu merupakan bidang yang aku minati sejak di bangku sekolah lagi. Maka aku  lantas mewujudkan letusan yang mewujudkan keterujaan dalam keluargaku. Sokongan  demi bantuan datang bersimpul.
Ayahku merupakan insan yang paling gembira dan  bangga apabila aku berjaya diterima masuk untuk melanjutkan pelajaran dalam  Bachelor in Law sebagai pelajar tumpang di kolej tersebut. Bachelor tersebut  merupakan tawaran daripada University of London dan kerana itulah aku tidak malu  untuk bergelar seorang pelajar kolej. Apatah lagi, antara anak-anak saudaraku  yang lain, hanya akulah yang berjaya mendapat tawaran setinggi itu dalam lipatan  masa keturunan keluarga kami ketika itu.
Namun saat gembira itu tidak seindah  yang aku sangkakan. Segala yang dijanjikan oleh pihak kolej kepadaku tidak  semanis seperti yang disenaraikan. Pinjaman sebanyak 70 ribu yang dijanjikan  hanya mampu menghasilkan 40 ribu. Sebagai anak petani yang hanya bergantung  kepada hasil alam pergunungan seperti keluargaku, 30 ribu itu sangat banyak.  Mungkin pendapatan lima atau tujuh tahun bagi keluargaku. Tempat tinggal yang  dijanjikan tidak sesempurna mana. Walaupun aku bukanlah seorang yang  mementingkan kesempurnaan, namun janji yang dikatakan haruslah ditunaikan. Aku  sudah biasa dengan kehidupan orang kampung. Tinggal di dalam rumah yang  bercahayakan sinaran api minyak tanah yang dibuat dalam botol kaca sudah menjadi  perkara biasa bagiku. Namun keadaan tempat tinggal yang tidak ubah seperti  penempatan setinggan sangat merimaskan bagi seorang pelajar seperti aku. Tidur,  belajar dan makan bersama 12 orang lagi dalam sebuah bilik yang hanya  berkeluasan 15 x 15 kaki itu bukanlah keadaan yang mereka gambarkan sebelum ini.  Malah kadar sewa tempat tinggal yang dikenakan agak mengejutkan kerana sebelum  ini pihak kolej sudah berjanji bahawa tempat tinggal percuma bagi pelajar  Bachelor adalah disediakan. 
Berdepan dengan masalah seperti itu membuat  pendirian dan kepercayaanku terhadap gedung ilmu bergelar kolej punah serta  merta. Kedatangan surat tawaran daripada sebuah universiti terkemuka dalam  negara seolah-olah mengembalikan semula semangatku untuk mencari identiti diri  sekali lagi.
Pada pagi abangku menelefon aku tentang surat tawaran itu  jugalah aku membuat satu keputusan. Sempat aku menelefon dan bertanya kepada  abang-abangku yang selama ini membiayai persekolahanku tentang keputusanku itu.  Mereka tidak banyak bercakap. Itu masa depan kau, kami tiada hak. Kami hanya  mampu membantu setakat yang kami mampu. Itu kata mereka. Akhirnya keputusan  itulah yang membawa aku di sini ketika ini. Satu keputusan yang yang pasti  mengejutkan ramai orang. Namun saat itu aku sudah nekad dengan matlamat baruku  itu.
Itulah kata-kata aku kepada setiausaha kolej itu pada petang aku menerima surat tawaran tersebut.
”Apa??”
Cik Ling seolah-olah tidak percaya  dengan apa yang aku katakan.
 ”Saya mahu berhenti belajar di sini. Saya sudah  tidak tahan. Saya sudah kehabisan duit.”
 Itu kataku untuk cuba menjelaskan  pendirianku.
”Tapi you sudah study kat sini hampit 3 bulan secara full time. You harus membayar yuran pengajian selama 3 bulan itu”.
Cik Ling, setiausaha  kolej itu menjelaskan apa yang harus aku lunaskan sekiranya aku berhenti. Hatiku  merasa meluat dengan permintaan itu ketika itu. Memang dasar kolej. Hanya tahu  mencari untung saja. Tidak adakah perkara lain yang harus dibincangkan selain  wang?!. Hatiku mulai panas.
Aku cuba membantah akan permintaan yang tidak masuk akal itu.  Pertarunganku dengan perasaanku sendiri hampir sampai kemuncaknya ketika itui.  Semasa aku mendaftar masuk ke kolej itu dulu, aku telah menghabiskan hampir RM 4  ribu untuk segala pembayaran yang harus aku lunaskan. Mahu aku membayar lagi??  Aku tersengih. Aku tidak akan tertipu buat kali kedua dari pihak yang  sama.
 “Maafkan saya miss, tapi saya  memang sudah buat keputusan, saya akan balik esok. Tiket kapal terbang sudah  saya beli sebentar tadi sebelum kesini. Seandainya pihak kolej mahu menuntut  pembayaran lagi daripada saya. Ya, silakan saja. Saya juga tertipu dengan  janji-janji manis kamu. Dulu kamu janjikan saya Full Loan, bilik single, tempat  free hostel, diskaun 30 peratus bagi 15 pelajar pertama yang mendaftar, tapi  satu pun saya tidak dapat. Jadi beginilah, kalau pihak kolej mahu menyaman saya,  kita selesaikan saja di makhamah nanti. Ingat miss, saya juga pelajar  undang-undang. Saya tahu apa hak saya dan apa yang boleh saya tuntut dari pihak  kamu. Terima kasih.”
Kenyataan itu telah membuat Miss Ling terdiam seketika.  Saat dia cuba bercakap sekali lagi aku senyum padanya dan berlalu pergi begitu  sahaja. Petang itu juga Uncle Jackob menjemput aku kerumahnya. Itu kali kedua  aku datang kerumahnya selepas seminggu aku bercuti disana ketika Hari Gawai  beberapa minggu yang lalu. Uncle Jacob sendiri tidak tahu akan masalah yang aku  hadapi ketika itu. Yang dia tahu hanyalah aku menerima tawaran belajar di  universiti dan berhenti sebagai seorang pelajar kolej. Cukuplah dia sudah  bersusah payah membantuku selama ini, masalah ini biar menjadi hal peribadi aku  sendiri. Itu pendapatku ketika itu.
Bunyi nada mesej telefon bimbitku  mematikan lamunanku. Jam dalam telefon bimbit ini menunjukkan tinggal sejam lagi  penerbanganku akan tiba. Aku baca satu persatu perkataan dalam mesej telefon  bimbitku. Abang aku bertanya aku sudah berada di mana. Dia mengatakan bahawa dia  sudah mahu bertolak dari rumah untuk pergi ke KKIA. Aku mengatakan bahawa dalam  3 jam lagi aku akan sampai di KKIA. Penerbanagan menaiki pesawat biasanya akan  mengambil masa kira-kira sejam setengah hingga dua jam untuk sampai ke Kota  Kinabalu International Airport. Bergantung kepada cuaca dalam perjalanan. 
Abang mengatakan dia mahu jalan awal, takut tersangkut dalam kesesakan lalu  lintas di bandaraya Kota Kinabalu nanti katanya. Dia mengatakan mak dan Jeli,  abang aku yang paling muda akan datang sama. Patrik, abang ketiga aku yang tua  tidak turun menoreh getah hari ini semata-mata mahu menjemputku di lapangan  terbang.
Kelihatan kaunter pengesahan untuk penumpang MH3154, Kuching ke Kota  Kinabalu sudah dibuka. Aku sedikit merasa gemuruh tatkala melangkah kearah  kaunter itu. Langkahku tiba-tiba terhenti. Baru aku sedar rupanya kotak yang  berisi barang-barang keluaran kilang Untie Jane, isteri Uncle Jakob yang hendak  aku bawa itu belum aku hantar untuk di periksa di bahagian imbasan barangan. Aku  dengan cepatnya bertukar arah ke tempat scan barangan yang hendak di muatkan  dalam muatan kargo pula. Mujurlah tiada barangan terlarang dalam kotak yang  diberikan oleh Uncle Jakob itu.
Aku terpaksa mengikut barisan yang agak  panjang untuk sampai ke kaunter pendaftaran. Hanya satu kaunter yang dibuka  ketika ini memandangkan masa penerbangan MH3154 masih agak lama. Masih ada lapan  orang dihadapanku ketika aku cuba mengcongak-congak berapa berat barangan yang  aku ada. Kotak ini pastinya sudah hampir 20 kilo. Beg pakaian ini pula dalam 10  kilo. Semuanya kira-kira 30 kilogram. Jumlah berat barangan yang tidak dikenakan  caj tambahan hanyalah 25 kilogram. Ertinya 5 kilogram lagi harus dibayar dengan  caj sebanyak RM12.00 sekilo. Mujurlah aku masih ada sedikit wang lebihan serta  wang yang diberikan Uncle Jacob pagi tadi. Jadi aku tidaklah risau sangat.  Sampai giliran aku, gadis berbaju kebaya kebiru-biruan menyapa aku dengan lembut  sambil tersenyum.
Aku lihat tanda namanya yang tersemat kemas di bahagian dada  kanannya. Jasmin. Cantik nama itu. Dengan keadaan serba kekampungan, aku  menyerahkan terus kad pengenalan MyCard biru yang menjadi identiti aku selama  ini.
Gadis itu menunjukkan tempat di sebelah  kanannya seolah-olah pelantar yang boleh digerakkan. Dibelakang kaunter itu  kelihatan satu lagi pelantar yang berlapis hitam yang terus bergerak keluar  entah kemana. Semua barang yang hendak dibawa melalui kargo harus melalui  diletakkan dan melalui ”saliran” itu. Aku meletakkan kotak itu di atas seperti  yang diarahkannya. Selepas itu aku meletakkan pula beg Polo disebelah kotak itu.  Seketika itu juga jumlah berat kesemua barangan itu tertera pada skrin di  hadapan kaunter itu. Beratnya menunjukkan 28.8 kg. 
 ”Encik, berat maksimum  adalah 25 kilogram. Encik harus membayar lebihan 3 kilogram ini”. Gadis itu  memecah kebuntuanku melihat berat yang tertera pada skrin penimbang  itu.
”Sekejap ya, cuba alihkan kotak ini dulu,  kita lihat berapa berat beg encik ini. Kalau tidak melebihi 7 kilogram, encik  boleh membawanya masuk”. 
”Baiklah, encik boleh membawa beg ini masuk”. Gadis itu senyum lagi padaku.
”Cik, boleh lekatkan tanda barangan mudah pecah tak atas kotak ni. Takut barang dalam kotak ni pecah pula...”
Aku sekali lagi  memberanikan diri meminta sesuatu yang hanya seketika tadi aku pelajari.  Penumpang di hadapan aku tadi turut meminta perkara yang sama. Maka aku juga  baru terfikir tentang perkara yang sama. Gadis itu hanya tersenyum saja dan  melekatkan satu pelekat yang bertanda gelas berwarna merah. Mungkin lambang  gelas itulah yang melambangkan barangan dalam kotak ini mudah pecah  fikirku.
 ”Ok, encik bolehlah masuk ke ruangan menunggu menaiki pesawat di  Gate 4” Gadis itu menunjukkan arah ”Gate’ yang harus aku lalui itu.
Aku hanya tersenyum padanya dan berlalu pergi. Aku mencapai beg Polo  hitam yang aku letakkan di atas lantai sebentar tadi dan berjalan menuju terus  ke tempat yang diarahkan tadi. Kelihatan seorang pegawai keselamatan lengkap  berpakaian seragam polis tercegat di laluan utama itu. Aku hanya menyerahkan  tiket penerbangan dan selepas meneliti tiket itu seketika, pegawai itu dengan  muka seriusnya membenarkan aku masuk. Sekali lagi, barangan aku harus diimbas.  Kali ini, dompet, telefon bimbit dan beg yang aku bawa harus diletakkan kedalam  mesin pengimbas itu. Aku agak risau apabila mesin itu berbunyi. Namun pegawai  yang meneliti di tempat itu membenarkan aku masuk. Mungkin logam pada beg  pakaian itu kata hatiku.
Di satu bahagian lagi, sekali lagi kad pengenalan  dan pasport akan diperiksa. Aku memberikan kad pengenalan MyKad berserta dengan  tiket penerbangan aku kepada pegawai yang bertugas. Oleh kerana negeri ini masih  menetapkan peraturan imigresennya yang ketat, makan pelawat dari dalam negara  terutamanya dari Semenanjung Malaysia harus memiliki pasport antarabangsa untuk  datang melancong di Sarawak. Berbeza dengan penduduk seperti aku, yang berasal  dari Sabah, aku memilki sedikit kelonggaran itu. Apatah lagi kedatangan aku ke  negeri ini adalah mengunakan visa pelajar. Mungkin kerana itulah aku tidak  memerlukan pasport untuk memasuki negeri ini.
Berada dalam pesawat di atas  langit memang menyeronokkan terutamanya ketika waktu siang dan cuaca cerah.  Gumpalan-gumpalan awan diatas ruang udara sangat indah sekali. Ia seolah-olah  buih-buih sabun yang terapung di permukaan air. Sangat berbeza dengan betuk dan  keadaannya yang dapat dilihat dari permukaan tanah. Seingat aku, panorama  seumpama ini hanya dapat dilihat di satu tempat sahaja di Malaysia selain dari  atas pesawat. Di puncak Gunung Kinabalu. Pemandangan-pemandangan seumpama inilah  membuatkan aku rindu untuk kembali menawan puncak Gunung Kinabalu itu. Apatah  lagi suhu dalam pesawat ini sangat sejuk dan dingin yang mengingatkan aku  saat-saat embun jantan menjamah badanku ketika berada di puncak gunung itu  dahulu.
Ketika aku tersedar dari mengimbas kembali kenanganku ketika mendaki  gunung dahulu, daratan Borneo Utara sudah mulai kelihatan di bawah sana. Pesisir  pantai yang kelihatan memutih dan berombak dapat dilihat dari atas. Permukaan  daratan yang berbukit bukau biru kegelapan juga kelihatan dengan jelas. Nun jauh  disebalik bukit-bukit itu pula kelihatan tompok-tompok awan putih yang menjalar  bertaburan. Indah sungguh ciptaan Tuhan. Melihat semua ini membuatkan aku terasa  sangat kerdil di atas muka bumi ini.
Disaat kapal terbang itu mulai  merendahkan ketinggiannya dan menghampiri permukaan bumi. Bayangan muka emak dan  ayahku bersilih ganti muncul dalam benakku. Kadang kala muka abang sulungku  sempat muncul dalam bayangan-bayangan itu. Aku mulai gelisah. Aku mulai  merasakan seolah-olah penghawa dingin pesawat ini sudah dimatikan. Aku tidak  faham mengapa aku merasa gementar untuk kembali semula ke tempat ini.
Sesudah  aku turun dari kapal terbang MH3154 MAS itu, aku bergerak dengan pantas ketempat  menunggu bagasi yang dimasukkan kedalam kargo. Beg Polo yang aku bawa menaiki  pesawat tadi terasa sangat ringan. Dalam perjalanan memasuki terminal KKIA, bayu  laut tengah hari di KKIA yang bertiup dari pesisir pantai sempat aku sedut  sedalam-dalamnya. Barulah aku sedar betapa aku rindu akan negeriku selama ini.  Aku melihat di sekelilingku. Ya, memang benar. Aku sudah kembali disini. Sabah  tanah tumpah darahku. Aku sudah pulang!! Teriak hatiku.
Itukah perkataan tempatan pertama yang keluar dari mulutku ketika aku  menelefon dan memberitahu abangku bahawa aku sudah sampai. Kami dalam keluarga  sebenarnya lebih suka berkomunikasi dalam bahasa Dusun. Dalam bahasa Melayu, ia  bermaksud, ’aku sudah sampai’.
Abang aku, Patrik dengan  suara garaunya bertanya pula dimana aku berada. Dari nada suaranya aku dapat  merasakan kegembiraannya. Aku hanya sempat memberitahu supaya menunggu saja  kemunculanku di pintu ketibaan utama sebelum abang aku mematikan telefonnya.  
Namun aku mulai merasa hairan. Mengapa mereka tidak pernah marah padaku akan  keputusanku itu?? Adakah mereka lebih berbangga seandainya aku berjaya memasuki  universiti terkemuka negara ini?? Persoalan-persoalan itu bermain dalam  fikiranku seketika. 
Sebentar sahaja lagi aku akan bertemu dengan emak dan  dua orang abangku. Aku mulai menyusun ayat dalam mindaku. Perlukah aku meminta  maaf akan kegagalanku menunaikan harapan keluarga ini kepada mereka? Haruskah  aku mendiamkan diri sahaja dan buat-buat tidak tahu tentang apa yang telah  berlaku? Sememangnya aku tidak tahu mahu mengatakan apa apabila aku berjumpa  dengan mereka nanti. Aku akan cuba berlagak biasa, fikirku. 
Aku sememangnya  sedar bahawa pemergianku ke negeri jiran itu merupakan satu harapan besar dalam  keluargaku. Pemergian yang dibebani oleh seribu harapan dari mereka yang  inginkan kehidupan yang lebih baik dalam keluargaku. Apatah lagi, antara tujuh  orang adik beradiknya, bapaku sangat berbangga denganku. Anakku adalah orang  paling berpendidikan dalam 200 orang dalam keturunan keluarga kita katanya.  Kadang kala, aku merasa segan dan malu akan gelaran itu. Adakah selepas aku  menamatkan pengajian di universiti nanti, gelaran itu akan tetap menjadi  milikku? Aku tidak tahu. Bukan itu yang aku fikirkan. Aku hanya mahu mama dan  bapaku gembira kerana anaknya. Aku mahu mereka bangga dengan anak-anaknya  walaupun kehidupan keluarga kami agak serba kekurangan berbanding dengan  keluarga adik beradik bapaku yang lain. Aku mahu membalas jasa kedua orang tuaku  kerana melahirkan kami 11 ornag adik beradik. Aku gembira punya keluarga besar  seperti ini.
Setelah aku mendapatkan kotak lusuh itu semula. Aku  memeriksanya. Mujurlah kotak itu masih kelihatan elok dan tiada tanda-tanda  kerosakan pada kotaknya. Sebentar lagi, aku akan berhadapan dengan keluargaku.  Degupan jantungku seolah-olah bertambah cepat. Peluh belakang badanku mulai aku  rasakan. Panas.
Dari jauh kulihat abang dan mama melambai-lambaikan tangannya  memberikan isyarat akan kedudukan mereka. Aku menuju kearah mereka. Kulihat muka  ibuku masih seperti dulu. Semangat dan ketabahan dalam dirinya masih jelas  kelihatan pada wajahnya. Matanya masih punya kekuatan yang aku sentiasa perlukan  itu. Terima kasih Tuhan, Kau masih menjaga ibuku dengan sempurna, doaku dalam  hati.
Dengan senyuman yang  dibuat-buat, aku cuba bergurau kepada ibuku sambil menghulurkan tangan untuk  bersalaman dengan mereka berdua. Tanganku disambut dengan senyuman ibuku. Tapak  tangannya terasa kasar dan sejuk. Abangku hanya mendiamkan diri sahaja selepas  bersalaman denganku. Dia hanya datang mengangkat barang yang kubawa dan  membawanya ke dalam kereta Proton Saga model 1997 berwarna kelabu milik abangku,  Patrik. 
”Patrik parking kereta di mana? Kenapa Si Tutuk tidak ikut?”
Aku pura-pura bertanya kepada ibu tentang  anak kakakku yang sejak pagi tadi sangat beria-ia mahu mengikut ibuku pergi ke  lapangan terbang. Aku cuba untuk mengalihkan topik perbualan daripada bercerita  tentang keadaanku yang sememangnya susut hampir 10 kilogram sejak aku  meninggalkan negeri ini. Dengan keadaan ini aku pasti akan dimarahi. Ibu  sememangnya tahu akan cabaran dan keadaan hidupku selama aku berada di  Kuching.
Soalanku tidak dijawap ibuku. Ibu sememnagnya tahu akan cabaran dan  keadaan hidupku selama aku berada di Kuching. Kulihat ada air jernih dikelopak  matanya.

No comments:
Post a Comment